Serendah 'RM2' Anda Mampu Miliki Bawah Kuali Kilat Seperti Baru Dibeli.

Oleh: Zuzu Yasmine

Malu kalau mak mertua datang tengok kuali kita hitam melekat kat dinding itu. Aissh, nanti apa kata mak mertua pula kan. Tak pasal-pasal dapat cop menantu pemalas pula.

Nak membersihkan bawah kuali dan periku ini sememangnya agak payah dan memenatkan. Kadang kala sudah digosok berjam-jam lamanya pun hasilnya masih tidak seperti yang diharapkan. Oleh itu, ibu-ibu serta menantu-menantu perempuan boleh cuba tips yang dikongsikan oleh Puan Hani Mynis ini. Memang menjadi betul!

CARA MEMBERSIHKAN BAWAH KUALI / PERIUK “TIDAK MELEKAT”


Kalau siapa kat rumah yang ada guna non-stick pan/pot mesti perasan bawah pan tu senang sangat nak hitam atau kuning-kuning kesan api tu kan? Nak bersihkan memang susah. Lagi-lagi kalau tak sental hari-hari selepas setiap kali kegunaan. Lagi susah dengan corak-corak bawah pan tu. Jangan guna berus besi, calar nanti. Hehe kalau periuk kuali biasa tu tak ape.

Lepas tu pulak ada yang suka gantung-gantung display kat dapur sebab senang nak ambil. Tapi kalau bawah periuk nya hitam nak letak gantung kat luar pun buat pemandangan dapur jadi tak cantik je hehe

So lepas tutorial Hani ni dah boleh bersihkan bawah pan tu bagi berkilat sebelum gantung ya.

Kos tak sampai RM2 pun, boleh beli alat menbersihnya di Shopee, hanya gunakan dengan air tanpa sabun khas. Boleh pakai semula. Seriously, benda alah ni peralatan pembersihan kedua magik selepas magic sponge. So wajib ada kat dapur!









Baru buat sebelah dah berkilat!












P/s: pakai sarung tangan ya kalau nak guna.

Semoga bermanfaat.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen