Sebelum Berkahwin, Bincang 5 Perkara Ini Dahulu Bersama Bakal Teman Hidup Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila anda sudah yakin bahawa dia adalah orangnya, maka pasti kalian akan mengambil keputusan untuk segera menghalalkan hubungan yang ada. Mungkin anda memilihnya kerana budi bahasanya, sifat penyayangnya mahupun hati budinya. Tidak hanya itu, anda juga begitu cukup selesa dengan keberadaan dirinya di sisi anda. Biasanya inilah sebab-sebab mengapa orang memilih seseorang itu sebagai calon teman hidup.

Dalam membicarakan hidup bersama, pelbagai aspek perlu dibincangkan agar dapat kesefahaman bersama terutama jika ia melibatkan kewangan kalian berdua.



Perkara ini adalah penting untuk memastikan bahawa kalian berdua telah bersedia untuk melangkah ke alam rumahtangga yang sememangnya penuh dengan ujian dan dugaan. Perbelanjaan dan keperluan selepas berkahwin adalah satu perkara yang perlu difahami bersama barulah kalian mudah untuk memahami antara satu sama lain.

Jadi sebelum anda bersetuju untuk menjadi isterinya atau pergi melamar dirinya sebagai pasangan hidup anda terdapat beberapa perkara yang perlu dibincangkan terlebih dahulu.

1. Saling jujur akan gaji bulanan.

Ramai yang beranggapan apabila bertanya mengenai gaji dan kewangan ini, itu tandanya orang itu mata duitan. Anda silap sebenarnya. Apabila anda sudah mengambil keputusan untuk menjadi suami isteri, anda tidak seharusnya memiliki rahsia antara satu sama lain. Adalah lebih baik bersifat terbuka mengenai gaji anda masing-masing. Ini kerana, ia akan membantu untuk kalian berdua merancang kewangan dan perbelanjaan dengan lebih baik.

2. Buat perkiraan sebelum dan selepas berumahtangga

Setiap orang pasti mempunyai perbezaan gaya hidup dan penggunaan wang. Jadi dengan berbincangan mengenai kewangan ini, masing-masing boleh membuat perkiraan sebelum dan selepas berkahwin kelak. Anda perlu faham bahawa keperluan ketika bujang tersangatlah berlainan dengan keperluan selepas anda berumahtangga. Sebab itulah perkara ini penting, kerana ia dapat membantu menentukan keutamaan, keperluan serta menyediakan bajet untuk perkara-perkara yang tertentu.

3. Tentukan jumlah wang yang akan diasingkan setiap bulan

Sebelum dan selepas berkahwin pasti mempunyai perbezaan matlamat. Sebagai contoh, sebelum berkahwin anda bermatlamat untuk mencari wang hantaran tetapi selepas berkahwin anda akan mempunyai matlamat untuk rumah, dana pendidikan anak-anak serta pelindungan disaat genting. Bukan ke wangan yang perlu diasingkan dan disimpan akan lebih banyak berbanding masa anda bujang.

4. Bincangkan keperluan mengenai anak-anak

Apabila sudah berkahwin, pasti mempunyai keinginan untuk memiliki anak. Jadi sebagai bakal ibu ayah, anda perlu sediakan sebarang kelengkapan serta keselesaan hidup untuk anak-anak anda. Mungkin bagi sesetengah orang memikirkan bahawa menyambut kelahiran anak bukanlah satu hal yang besar, bahkan mereka jauh lagi untuk menyambung pelajaran. Tetapi sebagai ibu ayah anda perlu ingat, pelindungan untuk anak perlu dilakukan dengan lebih awal kerana anda tidak tahu sebarang kemungkinan yang akan terjadi.

5. Bincang tujuan kewangan agar lebih mudah dicapai

Anda dan pasangan pasti mempunyai tujuan kewangan yang berbeza untuk jangka masa pendek atau panjang. Pada ketika inilah anda dan pasangan perlu mencapai kata sepakat agar lebih mudah sefahaman dan sama-sama berusaha untuk mencapai apa yang kalian mahukan. Jadi jika terdapat perbezaan, maka cuba untuk cari persamaan dan tujuan yang dimahukan bersama-sama. Ketika inilah pentingnya komunikasi.

Lihat macam mudah untuk mengadakan perbincangan ini kerana dia begitu adalah calon yang sesuai buat anda. Tetapi selepas lakukan perbincangan sebegini pasti tanggapan anda akan mula berubah. Apa-apa pun pastikan anda menguasai komunikasi dengan baik dalam hal ini.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen