Kalau Betul Dia Ikhlas…

Pada awal perkenalan, pasti sukar untuk kita ketahui jika seseorang tersebut benar-benar ikhlas dalam menerima diri kita seadanya. Macam mana nak tahu, sekiranya dia ikhlas untuk mengharungi alam rumah tangga bersama? Ikuti nukilan hati daripada Puan Haslinda Mat Isa ini…

********

PADA AWAL PERKENALAN.


Kredit: Mata

Masa bercinta kadang-kadang kita terlepas pandang beberapa kriteria yang sepatutnya ada dalam diri sidia. Mungkin sebab dia handsome sangat, kita rasa pilihan kita dah tepat dah. Yang lain-lain tu letak tepi. Janji dia solat, ada kerja gitu gini, kira boleh je lah.

Ataupun dia tak la kacak macam Jung Kook BTS, tapi dia ada karisma. Bergaya, berduit dan boleh bawa kita makan tempat best, boleh belikan kita macam-macam. Sebut saja nak apa. Dapat je memanjang. Maka kita pun terus kata, hat ni terbaik lah.

Ada juga yang pegangan agama dia strong. Bekas pelajar sekolah agama, mungkin ada ijazah dalam pengajian Islam dan sebagainya. Ini memang pilihan terbaiklah. Takkan nak reject kalau ada hamba Allah begini masuk meminang.

Semua diatas memanglah antara kriteria yang kita nampak secara zahirnya boleh beri bahagia. Memenuhi citarasa orang kata. Sedap mata memandang.

MULA MELIHAT KEIHKLASAN.


Kredit: Mata

Bila nak setuju jadi seorang suri, paling utama kena tengok adalah tahap keikhlasan mereka. Ikhlas nak memperisterikan kita. Ikhlas nak sehidup semati dengan kita. Macammana kita nak tahu depa ni ikhlas ke tidak?

Saya pun tak lah tahu sangat. Dulu pun main agak-agak sahaja. Dah lah yang ajak saya kahwin dulu tu saudara baru. Muka memang handsome dah, kerja biasa saja dan pengetahuan agama rasanya saya lebih tahu banyak dari dia.

Saya rasa dia jujur dah ikhlas sebab dia baik dengan keluarga, dan dengan rakan-rakan saya. Bila saya keluar dengan dia, senang sekali dia akan blend-in dengan rakan-rakan atau saudara.

KEIKHLASAN MELALUI HUBUNGAN SI DIA DENGAN INSAN YANG RAPAT DENGAN KITA.


Kredit: Mega

Penting tau perkara ni. Sebab selepas kita berkahwin, kita masih perlu berhubung dengan insan-insan lain yang hadir lebih awal dalam hidup kita. Kalau pasangan kita kurang digemari oleh insan disekeliling kita, susah juga nanti.

Kita nak kesana sini macam tersekat-sekat. Dulu kita rajin balik kampung, lepas kahwin tak dapat nak balik selalu sebab suami tak selesa nak balik rumah keluarga kita.

Kalau dulu kita rapat dengan kawan-kawan lepas kahwin terus hilang semua kawan sebab suami tak bagi berkawan sangat. Dia tak berkenan dengan kawan-kawan kita. Maka kita pun terkurung dalam dunia baru, sendirian. Hanya ada dia sahaja.

KEIKHLASAN MELALUI CARA SI DIA MENYESUAIKAN DIRI.


Kredit: FaluredPhotography

Kalau dia betul-betul ikhlas, dia akan cuba adapt dengan situasi kita. Walaupun tak semua dia boleh sesuaikan diri, sekurang-kurangnya dia kena cuba. Kita boleh nampak effort dia.

Kita pun kena la juga alert. Kalau dah dia tak boleh blend in, usahlah paksa. Kalau dia memang baik, namun tak dilayan mesra oleh insan sekeliling kita itu bukan masalah dialah. Itu masalah orang sekeliling kita la pula kan. Bukan semua orang mudah nak blend-in.

So, kena ada give and take lah dalam perhubungan. Bukan setakat dia ja kena cuba kita pun kenalah buat benda yang sama. Kena cuba terima keluarga dan rakan-rakan dia pula.

Adakala perkara ni susah juga. Lain budaya, lain latar belakang, lain bangsa lagilah. Nak cari titik persamaan tu macam meraba dalam kegelapan. Boleh makan tahun baru jumpa. Baru boleh sembang kencang sikit. Macam saya. Awal-awal dulu krik krik je lah bila jumpa keluarga dia. Dah la ada masalah bahasa. Main dengan anak-anak je lah kalau balik rumah keluarga sana.

MELIHAT KEIKHLASAN MELALUI UJIAN.


Kredit: Nesnumoto

Nak cari calon yang betul-betul ikhlas tak susah kot. Bagilah kat dia beberapa ujian. Ujian tak setuju contohnya. Cuba tengok macammana reaksi dia bila sesekali kita tak setuju dengan dia. Adakah dia boleh bertolak ansur? Adakah dia akan let go pendapat dia dan terima pilihan kita?

Kalau dia die-die nak kita ikut cakap dia, pilihan dia setiap masa, hmm bersedialah nak hadap kerenah tu sampai hujung nyawa. Kalau dia ikhlas dengan kita, harus ada tolak ansur. Mudah dibawa berbincang orang kata.

MELIHAT KEIKHLASAN MELALUI KENAPA DIA MEMILIH KITA SEBAGAI PASANGAN?


Kredit: Nesnumoto

Satu lagi nak tahu dia ikhlas ke tidak, tanya dia betul-betul kenapa dia pilih kita? Dia kena bagi jawapan. Sebab, andai ditakdirkan dipertengahan jalan dia tiba-tiba nak pilih orang lain pula, kita boleh bagi kat dia sebiji. Dulu hang kata hang pilih aku sebab gini-gini. Ni apasal hang nak pilih dia pula?

Kalau dah marah memang jadi hang aku dah kan.

Ye lah. Dulu bukan main bagi seribu satu sebab kenapa nak sangat kat kita. Kalau dia tak boleh jawab kenapa dia pilih kita, kalau dia teragak-agak nak bagi jawapan maknanya dia pun tak tahu kenapa dia pilih kita. Mungkin sebab umur dia dah nak terlajak, maka dia main offer ja cinta dia kat sesiapa yang available.

Itulah, kena buat juga checklist sebelum terima seseorang sebagai pasangan hidup. Bukan apa, kena pastikan betul-betul keikhlasan dia. Kalau dia betul-betul ikhlas, takkan dia persiakan kita. Takkan dia berubah hati, kembali kepada kekasih lama contohnya.

Bila dah memilih, dah setuju nak ikat tali perkahwinan, tutuplah pintu hati tu untuk oranglain. Menganiaya namanya kalau kejap buka kejap tutup.

********

Semoga Kita Menemui Jodoh Yang Benar-Benar Ikhlas Menerima Diri Kita Seadanya!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen