Awas! Anak-Anak Tetap Berisiko Untuk Sakit Walaupun Ayah Merokok Di Luar Rumah.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kita sudah sedia maklum akan bahayanya asap rokok ini. Ia bukan sahaja bahaya kepada kanak-kanak tetapi orang dewasa juga turut menerima kesan bahayanya. Perkongsian Dr. Farhanah Ibrahim berdasarkan pengalamannya yang merawat tiga pesakit kanak-kanak & bayi berusia 2 tahun, 5 bulan dan 1 tahun menderia lelah (asma), pneumonia dan batuk teruk.

Anak sakit kerana bapa yang kurang perihatin!

Ayah-ayah yang merokok sepatutnya sedar akan bahaya asap rokok terhadap orang sekeliling anda. Kasihan anak kecil yang tidak tahu apa-apa terpaksa berulang alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Ayah-ayah perlu ingat, apabila anda merokok maka anak juga akan turut merokok.



KISAH 3 ORANG AYAH MITHALI...

#KISAH_1

Seorang ayah bawa anak ke klinik untuk injection #pneumococcal.

Kata ayah, anaknya tak habis-habis asyik keluar masuk ward saja, ni pun baru je discharge dari hospital sebab kena ambil gas (nebs) secara berkala dan perlu dipantau.

Anaknya dah lebih 2 tahun, jadi perlu 1 suntikan pneumococcal saja.
Bukan murah pneumococcal vaccine ni, ratus-ratus harganya.
Besar harapan si ayah, lepas injection pneumococcal ni moga anaknya kurang skit masuk ward dan jarang skit kena attack penat/lelah.

Bila ditanya, rupa-rupanya ayah merokok.
Dan anaknya terpaksa hisap asap rokok tu hari-hari.



#KISAH_2

Seorang ayah bawa baby 5 bulan ke klinik.

Petang dan malam hari sebelumnya dah ambik nebs 2x di klinik, so pagi ni Dr suruh datang untuk pantau simptom si baby.

Bila dengar peparu baby, ada campuran creps & ronchi. Diagnosis pneumonia with bronchospasm.
Baby kecik ni, mak ayah kena peka tanda-tanda anak sesak nafas, sebab baby tak boleh nak bagitau.

Di hospital, biasanya Dr akan ambik darah dan X-ray, pantau paras oksigen baby, bagi gas bronchodilator dan cover baby dengan antibiotik jika perlu.

Laju si ayah tanya "ada effect tak Dr, kalau anak saya ambik antibiotik?"

Baby kan kecik lagi, tak bahaya ke ambik antibiotik?
Risau si ayah.

Dari nicotine stain pada bibirnya, i can tell that this father is a heavy smoker! Jadi kakhana terus bagi advice.
Antibiotik kalau perlu memang penting untuk ambik.

Yang bahaya tu kalau anak hidu asap rokok di sekeliling.
Smoking ni sangat "membantu" menerukkan keadaan peparu si anak kecil. Yang sihat pun boleh terkesan, apatah lagi anak kecil yang memang sedang ada jangkitan.

Ayah angguk faham.
Baby comelnya khusyuk pandang muka si ayah, seolah mengharap ayah akan berubah.

Ayah pun cakap dengan baby "takda, Dr pesan kat baba tadi, suruh baba benti merokok nak adik cepat sihat"
Sejuk hati kakhana dengar.

Respek sangat ayah yang berhenti smoking demi keluarga tersayang!



#KISAH_3

Sorang lagi ayah mithali.

Bawak anak datang kecemasan.
Umur 1 tahun, batuk dah sebulan on off.

Dah banyak klinik & hospital ayah pegi bawa si anak, doctor hopping.
Dah berapa banyak antibiotik dan ubat anaknya makan.

Masih juga batuk krong krong krong gaya-gaya nak semput
Tapi malam je batuk teruk.

Siang aktif main macam biasa.
Demam takda.

Dr: ayah merokok tak?
Ayah: ehhh saya tak penah merokok dalam rumah Dr!
Dr: masuk rumah lepas merokok pegang anak tak?
Ayah: ada



Untuk pengetahuan, smoker ni ada 3 jenis:

1. #ACTIVE_SMOKER: perokok

2. #SECOND_HAND_SMOKE: Asap rokok yang dihembus oleh perokok (dan terpaksa disedut oleh orang sekelilingnya tanpa rela)

3. #THIRD_HAND_SMOKE: Asap rokok yang dihembus akan melekat pada macam-macam permukaan objek.
Contoh: pada pakaian, rambut, kulit, kain langsir, sofa, baju, kusyen kereta, karpet, dan lain-lain tempat.

Walaupun si perokok tak merokok secara "live", tapi particle asap yang melekat kat sekeliling ni boleh tahan bertahun-tahun.

Bila sedut, racun asap tu tetap beri kesan negatif.

Jadi untuk ayahanda mithali semua:



1. CUBALAH BERHENTI MEROKOK

Ini option yang terbaik.
Pelan-pelan cuba quit smoking.
Get the help and support you need.
Di KK ada klinik berhenti merokok, they will be glad to help.

Selain difatwakan haram, bayangkan setiap particle asap rokok yang disedut oleh orang lain, si perokok terpaksa tanggung dosa sekali.

Kalaulah asap rokok tu hanya membahayakan nyawa sendiri je, mungkin ramai yang tak concerned.
Tapi sebab ia boleh bunuh nyawa insan lain yang tak berdosa termasuk anak-anak kecil kami, sebab tu kami betul-betul merayu semua perokok cuba berhenti.

2. CARI TEMPAT YANG ASAP ROKOK TU TAKKAN TERLEPAS MASUK KE PARU-PARU ORANG LAIN

Susah nak cari tempat awam yang takda orang, dan gas ni pulak sifatnya memenuhi ruang.
Ada ke tempat isolated untuk perokok tanpa kehadiran non-smoker?

Kecuali kalau gali tanah dalam-dalam, merokoklah kat bawah tu. Supaya asap tak kena orang lain
Alah benti jelah bang.

3. KALAU NAK MEROKOK JUGAK

Kalau abang sayangkan isteri dan anak, benti merokok pilihan utama.
Tapi sementara nak quit, atleast jangan merokok dalam rumah.

Pastu lepas hisap rokok kat luar, pastikan mandi dulu, gosok gigi, kumur mulut pakai antiseptic mouthwash untuk elakkan bau busuk rokok kat mulut, shampoo rambut & sabun badan kasi wangi, dan salin dulu baju seluar semua.
Barulah boleh pegang anak/isteri tanpa sikitpun bau asap rokok.

Sebab zarah asap rokok akan melekat pada mulut, gigi, baju, seluar dan lain-lain.
Kakhana respek 3 ayah mithali ni.

Risaukan anak sampai banyak yang ayah ikhtiarkan nak cari penawar kesembuhan.
Cuma mungkin ayah tak perasan.

Bukan masalah tak vaccine pneumococcal.
Bukan masalah tak ambik antibiotik.
Bukan masalah ubat tak berkesan.
Bukan masalah klinik tak bagus.

Tapi.



Sakitnya si anak mungkin berpunca dari ayah sendiri

Dari asap rokok ayah saban hari.

Dan mungkin, anak kesayangan akan bertambah sihat jika ayah cuba berhenti merokok

Kesian kan, baby baru lahir pun dah boleh jadi passive dan third hand smoker

Moga ada antara perokok yang Allah bukak hati untuk slowly berhenti

Ikhlas,
Kakhana

Tak benci perokok,
Cuma benci perbuatan merokok

Ramai ke second/third hand smoker kat sini?

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen