Tanggungjawab Anak Terhadap Ibu bapa Menurut Islam, Yang Perlu Kita Ketahui.

Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:

“Kehinaan, kehinaan, kehinaan.”

Baginda ditanya: “Siapa (yang engkau maksudkan) wahai Rasulullah?”

Rasulullah menjawab: “Siapa sahaja yang mempunyai orang tuanya ketika sudah lanjut usia, salah satu atau keduanya namun tidak (menjadikannya sebab) masuk syurga.”

[Riwayat Muslim (2551)]

SEMASA KEDUA IBUBAPA MASIH HIDUP.

1. Berlaku baik dan tidak meninggikan suara kepada kedua ibu bapa.

Ini berdasarkan firman Allah SWT dalam surah al-Isra’ ayat 23:

“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya kamu tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah kamu berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah kamu menengking (menyergah) mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).”

Related image
Kredit: Google

2. Membantu mereka dari sudut kemampuan setakat yang mampu. Hal ini berdasarkan sabda Nabi SAW:

“Sesungguhnya sebaik-baik apa yang dimakan oleh seseorang adalah berasal daripada usahanya dan sesungguhnya anak seseorang adalah berasal daripada usahanya.” [Riwayat al-Nasa’ie (4449)]

Di dalam hadith yang lain pula, Nabi SAW bersabda:

“Apabila Allah SWT memberikan seseorang kebaikan (kelebihan dari sudut harta) maka mulakanlah dengan dirinya dan juga ahli keluarganya.” [Riwayat Muslim (1822)]

Ada para ulama’ mengatakan bahawa telah berlaku ijma’ di atas kewajipan diambil sebahagian daripada harta atau pendapatan anak untuk dinafkahkan kepada ibubapa yang tidak mempunyai pendapatan atau harta.

3. Taat kepada mereka dan tidak sesekali menderhakai mereka.

Adapun berkaitan perintah taat dan tidak sesekali menderhakai ibubapa boleh dilihat pada firman Allah SWT di dalam surah al-Isra’ di atas.

4. Sentiasa berdoa kepada mereka.

Perkara ini juga jelas berdasarkan sebuah hadith yang sahih daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

“Apabila matinya seseorang insan itu, maka akan terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh sentiasa mendoakan kedua ibubapanya.” [Riwayat Muslim (1631)]

SELEPAS KEMATIAN KEDUA IBUBAPA.

1. Tunaikan hutang-hutang yang wajib iaitu hutang dengan Allah SWT seperti puasa, haji, nazar dan sebagainya. Di antara dalilnya adalah, daripada Ibn Abbas R.anhuma:

Telah datang kepada Nabi SAW seorang lelaki, lalu berkata:

“Wahai Rasulullah! Sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia dan ke atasnya puasa Ramadhan (meninggalkan puasa). Adakah aku perlu qadha’ puasa bagi pihaknya?”

Rasulullah SAW bersabda: “Ya, kerana hutang dengan Allah lebih berhak untuk tunaikan.” [Riwayat al-Bukhari (1953)]

2. Langsaikan hutang-hutang ibubapa yang telah pergi kepada manusia setakat yang mampu.

3. Sentiasa berdoa kepada mereka.

Image result for berdoa
Kredit: Dream

Ini kerana, doa seorang anak yang soleh kepada ibubapanya yang telah pergi merupakan amalan yang tidak terputus. Tambahan pula, al-Quran menuntut agar seorang anak itu sentiasa mendoakan kerahmatan dan keampunan buat kedua ibubapanya melalui firman Allah SWT, surah al-Isra’ ayat 24:

“Dan hendaklah kamu merendahkan diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”

4. Menziarahi sahabat-sahabat kepada kedua ibubapa.

Agama kita amat menganjurkan setiap umatnya untuk menyambung pertalian silaturrahim dengan sesiapa sahaja dan bukan sahaja sesama ahli keluarga sahaja. Ini berdasarkan kepada umum nas, daripada Anas bin Malik, bahawa Nabi SAW bersabda:

“Barangsiapa yang ingin diluaskan rezekinya serta dipanjangkan usianya, maka hendaklah dia menyambung pertalian silaturrahim.” [Riwayat al-Bukhari (5986)]

5. Bersedekah untuk mereka walaupun selepas ketiadaan mereka.

Hal ini juga ada dinyatakan di dalam sebuah hadith. Daripada Ibn Abbas RA bahawa Sa’ad pernah bertanya Rasulullah SAW:

“Sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia dan belum sempat dia berwasiat. Maka bolehkah aku bersedekah untuknya? Baginda SAW menjawab: Ya.” [Riwayat al-Nasa’ie (3654)]

Malah, tunaikan dan penuhi wasiat-wasiat ibubapa yang telah pergi dengan baik. Semoga bermanfaat, dan jadilah kita anak yang soleh dan solehah.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen