6 Nasihat Yang Bakal Membuat Diri Kita Menjadi Insan Yang Gagal.

Dalam memperbaiki hidup, pasti banyak kata-kata semangat untuk dikumpul supaya menjadi inspirasi. Malah, bertemu dengan orang yang lebih berpengalaman dan juga ahli agamawan juga adalah salah satu kaedah untuk memperbaiki diri.

Namun, antara kata-kata semangat dan nasihat, pasti ada yang kita rasakan seolah-olah menjadikan diri kita gagal. Dah ikut nasihat tersebut, tetapi tidak lagi menemui jalan yang betul.

Adakah nasihat tersebut memang benar-benar untuk orang yang tepat, dan juga pada waktu yang sesuai?

Jom lihat antara nasihat yang bakal membuat diri kita gagal sebenarnya…

1. “Jadilah diri sendiri…”

‘Be yourself..’

Ini antara kata-kata nasihat yang sering kita dengar. Pergi kemana sahaja, ataupun buat apa sahaja jadilah diri sendiri. Memang benar kita perlu menjadi diri sendiri, dan bukannya orang lain. Apa yang orang sering gelar ‘Plastik’ atau ‘Fake’. Tetapi…

Menjadi diri sendiri bukan bermakna kita mahukan kekurangan dan kelemahan kita diterima bulat-bulat oleh orang lain.

Jadi diri sendiri adalah tidak mengikuti gaya orang lain, tetapi disamping itu memperbaiki kekurangan diri sendiri. Bukan untuk menjadi sempurna, tetapi menjadi lebih baik daripada semalam, atau kisah silam.

2. “Kena kerja kuat…”

“Kena kerja kuat-kuat, baru rezeki masuk..”

Nasihat sebegini tidak sesuai diguna pakai untuk semua kerja yang dilakukan. Tidak semua kerja memerlukan daya fizikal yang kuat untuk dapatkan hasil. Malah tidak semua kerja kuat itu boleh berjaya kerana kita perlu kerja dengan bijak.

Di samping menggunakan fizikal, gunalah daya kreatif untuk menghasilkan kerja yang memberi inspirasi sehingga meningkatkan prestasi.

3. “Terima jelah nasib diri dengan seadanya…”

“Kalau dah miskin tu, miskin je lah…”

“Dah gaji macam ni, redha je lah…”

Dalam Islam juga menuntut kita untuk berusaha, berdoa dan bertawakal. Sekiranya tidak berusaha, kemudian asyik redha sahaja, tidak hairan nasib anda hanya begitu sahaja. Berusaha lah untuk mengubah nasib hidup anda sendiri.

4. “Ikutlah gerak hati…”

Sudah sedia maklum, hati dan perasaan manusia itu mudah berbolak balik. Mood swing atau semua perasaan yang anda alami adalah gangguan syaitan semata-mata. Jangan ikutkan hati sangat kerana nanti ramai yang akan makan hati. Hati itu penuh dengan emosi, jadi gunalah akal fikiran untuk membuat keputusan.

5. “Jangan jadi kaya nanti lupa diri…”

Jadi kaya bukan untuk lupa diri, akan tetapi untuk membantu orang ramai termasuklah insan yang tidak berkemampuan. Sekiranya mind set kalau kaya nanti lupa diri, secara tidak langsung akan mempengaruhi perbuatan kita juga. Ubah mind set anda, untuk kumpul duit dan menjadi kaya sebenarnya untuk menolong orang ramai.

6. “Dah penat kena reward diri…”

Asalkan penat melakukan kerja sahaja, pasti mahu memberi reward kepada diri sendiri.

Asalkan dapat capai kemenangan sahaja, nak reward diri sendiri.

Nak celebrate.

Jangan terlalu ikutkan hati nak reward diri setiap masa, kerana takut makan diri nanti.

Semoga Bermanfaat dan Selamat Beramal!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen