Bila Dengar Cakap Isteri Buta-Buta Guna Telinga Sahaja, Tak Ada Hati Tak Ada Perasaan Memang Mudah Rasa Bosan Cuba Kalau Mendengar Dengan Empati Baru Nampak Isteri Sedang Susah.

Oleh: Zuzu Yasmine

Siapa yang bila nampak isteri nak buka mulut sahaja sudah mula geleng kepala, kerana tidak mahu dengar segala aduan dan celotehnya. Mana tidaknya, apabila dia mula buka mulut sahaja, peluang untuk isteri berhenti bercakap itu mungkin akan mengambil masa berjam-jam, tetapi sangat beruntung layan mereka cakap ini. Kadang kala, ada maklumat yang kita tidak tahu, isteri akan beritahu.

Namun selalunya, apa yang isteri kata itu hanya masuk telinga kanan keluar telinga kiri, rasa panas sahaja dengar segala kata-kata yang keluar dari mulutnya. Jangan macam itu suami-suami sekalian!

Suami-suami perlu menjadi pendengar yang ada perasaan dan ada hati. Seperti yang dikongsikan oleh saudara Mohd Fhais ini mengenai mendengar dengan empati.



Kadang tu ada juga rasa menyesal bila layan isteri bercakap ni.

Mana tak menyesal, lagi di layan lagi panjang pula cerita dia. Berjam-jam boleh jadi cerita dia. Padahal nak cerita lipas dalam bilik air je.

Maklumlah kuota wanita bercakap sehari 25,000 patah perkataan.

Mula annoying, lama-lama jadi caring pula.

Betul ni! Dulu mendengar buta-buta guna telinga sahaja. Tak ada hati tak ada perasaan. Itulah sebab mudah rasa bosan dan rasa menyampah.

Isteri sedang bercakap, kita sibuk buat kerja lain. Isteri sedang mengadu, kita cakap itu pun nak mengadu?

Aduhai!

Sebaiknya kita kena jadi pendengar yang ada perasaan dan ada hati. Bak kata orang putih "Emphatic Listener", mendengar dengan empati.

Empati ni ada 3 ;

1 - Kognitif

Kognitif empati ni penawar kepada sikap penting diri. Kalau tak ada benda ni memang sampai bila pun dia cakap nak menang je.

Dia sahaja betul, orang lain semua salah.

Mudah je nak kuatkan kognitif empati ni, berhenti pentingkan diri sendiri dan mula ambil berat kat isteri.

Isteri pun kalau nak suami lebih penyayang, doakan Allah lembutkan bahagian kognitif dia.

2 - Sosial empati

Yang ni paling penting. Sosial empati ada kena mengena dengan tahap EQ ( Kepintaran Emosi ). Itu sebab selalu di ingatkan didikan EQ ni jauh lebih penting dari IQ.

Bila EQ tinggi barulah kebolehan merasai apa yang orang lain rasa tu tinggi. EQ ni jugalah yang membina hubungan suami isteri jadi rapat.

EQ kalau ada, barulah si suami "ada hati" nak mendengar isteri ngadu sepenuh jiwa dan raga.

3 - Bimbang empati

Tak boleh nampak isteri susah, mesti nak bantu. Itulah empati bimbang. Benda ni la yang pakar kata sebagai "naluri melindungi".

Tanpa naluri ni memang sampai kiamat pun tak akan nampak isteri sedang kesusahan.

Apa-apa pun, bercakap tu adalah satu terapi untuk isteri kita. Ia buat mereka rasa lega, rasa tenang dan rasa gembira.

Tak bercakap suami isteri maknanya tak ada komunikasi,

Tak ada komunikasi maknanya tak ada hubungan,

Tak ada hubungan maknanya tak ada harapan. Jangan la sampai ke tahap ini.

Mohd Fhais
Cakap je apa-apa janji bercakap.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen