Kerana Allah Murka Kepada Kita, Akhirnya 3 Balasan Ini Yang Kita Dapat.

Sebagai Muslim, pasti takutnya diri kita ketika dicela dan dimurka Allah SWT. Allah SWT itu Maha Mendengar termasuklah bisikan hati kita, mahupun ketika bermonolog sendirian. Selama ini kita seperti mengikut segala perintah-Nya, dan menjauhi apa yang dilarang. Akan tetapi ia sebenarnya cara Allah SWT memberi balasan.

Memberi balasan untuk kita bermuhasabah diri.

Daripada Syeikh Abu Zaki Bin Yusuf As-Sanggafuri, Jika Allah murka kepada kita, maka Allah akan berikan kita 3 perkara ini, dan dalam pada yang sama Allah akan tahan 3 perkara ini daripada dasar niat kita…

1. Ketika bercampur dengan ahli agamawan, tetapi sebenarnya kita bukan dari kalangan tersebut.

Kalau Allah SWT murka kepada seseorang itu, Allah SWT akan benarkan kita, berikan kita, izinkan kita untuk bercampur-gaul dengan Alim Ulama. Akan tetapi, Allah SWT halang kita daripada menjadi salah seorang daripada Alim Ulama.

Katakan kita seorang Ustaz, Syeikh, Guru ataupun sering duduk bersama dengan alim ulama. Dia mengatakan "Habib Fulan, Syeikh Fulan, Maulana Fulan itu sama-sama duduk dengan ana, sama-sama belajar dengan ana."

Macam sama kan? Sama duduk satu majlis, sama dengan rupa, sama dengan pakaiannya, duduk majlis, duduk sama-sama satu sama lain, tapi Allah halang dia daripada menjadi salah seorang daripada mereka.

Kenapa?

Kerana niat kita tak macam niat mereka. Ikhlas kita tak macam ikhlas mereka. Kita sangka kita dah sama macam mereka, tetapi sebenarnya TIDAK! Allah SWT halang kita daripada jadi macam mereka. Nauzubillah min zalik!

2. Ketika diizinkan Allah untuk melakukan amal dengan banyak, tetapi sebenarnya kita tidak ikhlas.

Kita sedar kita rajin menunaikan solat wajib dan sunat, membaca Al-Qur’an, Qiamullai..Masya Allah! TETAPI sebenarnya Allah cabut ikhlas dari hati kita kerana kita buat untuk menjadi terkenal, mengejar popularity.

“Aku orang baik, aku ni soleh”

Lepas kita buat saja kita ujub, lepas kita buat sesuatu amalan sahaja kita ujub. Allah!! Semua amalannya rosak belaka.

Kita sangka;

"Aku dah witir tiap-tiap malam tak tinggal, aku dah sedekah hari-hari ini, aku dah banyak buat baik ini dan sebagainya."

Sehingga akhirnya kita merasakan sebenarnya jiwa kita kosong.

Kenapa?

Kerana niat kita tak sama dengan niat mereka yang betul-betul niatnya kerana Allah dalam mengerjakan amal.

3. Ketika kita diberikan hikmah, tetapi kita tidak mendapat fadhilat daripada hikmah tersebut.

Isu ini amat digeruni sama sekali kerana kita seolah-olah tidak mendapat kebaikan daripada kita sendiri.

Ini bermaksud apabila kita bercakap dengan orang punyalah halus, punyalah lembut tetapi Allah SWT halang kita daripada mendapatkan fadhilat daripada hikmah yang ada didalam diri kita.

Sebagai contoh;

Situsi 1: Apabila orang mendengar kata-kata kita yang sangat bermotivasi, orang tersebut boleh berubah menjadi baik, akan tetapi kita sendiri tidak boleh menjadi baik.

Situasi 2: Apabila orang dengar kata-kata kita, tersentuh hatinya sehingga boleh menitiskan air mata, tetapi diri kita sendiri tidak pula tersentuh, air mata pun kering.

Nauzubillah min zalik! Ini kerana apa? Kerana niatnya tak bersih. Dia cuba nak tipu Allah, maka Allah tipu dia. Dia tertipu. Ini sebabnya niat kita ini sangat-sangat penting.

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen