“Beringat Ketika Makan Atau Minum Kerana Ia Penentu Kesihatan Kita Dalam Jangka Masa Yang Panjang..”

Sudah lumrah manusia…

Bila stress makan....

Bila sedih makan....

Bila marah makan....

Bila gembira pun makan....

Namun, jangan terlalu mengikut nafsu kerana apa yang kita makan hari ini, adalah penentu kesihatan kita dalam jangka masa yang panjang. Tiada penyakit hari ini, tidak semestinya tidak akan menghidapi apa-apa penyakit dalam masa hadapan.

Tidak ramai dikalangan kita akan mengira kalori dalam makanan kerana asalkan sedap mesti nak makan. Sekiranya tidak mengamalkan kaedah ini, tidak hairan kita akan mudah jatuh sakit seperti perkongsian dari Dr Rizal Abu Bakar…

********

Apabila Kita Makan Atau Minum...

Manusia hari ini terlebih makan dan minum. Ada upsize. Ada jumbo.

Ada buffet. Ada makan semua. Pendek kata macam- macam jenis style pujukan yang muncul.

Apabila mahu makan atau minum fikirkan sejenak kesannya. Tanya pada diri “Apa yang aku dapat dari makanan atau minuman ini? Adakah sedap semata yang dicari? Atau sihat di masa sekarang dan hadapan yang diingini?”

“Adakah aku mahu berlampin pakai buang?Apakah kaki kudung jadi dambaan masa hadapan? Atau nyanyuk dan hilang ingatan yang dikejar kejarkan?

Tanya juga “sukakah berulang alik ke hospital saban minggu atau ke makkah dan madinah “berjumpa Rasul” yang dirindu?

Apa yang penting, makan dengan panduan. Makan dengan ilmu dan pengetahuan. Kerana tahu bukan semata mahu.

Sistem kalori beri panduan. Walau bukan satu yang mutlak, tapi ia beri maklumat ringkas untuk kita memilih. Apa bila kita ambil:

1) Green Tea Latte atau 5 keping biskut oreo - kita perlu berbasikal, main tenis atau rollerblading selama 30minit. Aktiviti ini hilangkan kalori dari oreo dan Green Tea Latte.

2) Big Mac - kita perlukan dua jam berjalan kaki untuk hapuskan 560 kalori dari Big Mac

3) ‘jus’ dalam botol atau kotak - kita perlu berjalan kaki selama satu jam untuk hilang 250 kalori. Setiap ‘minuman jus’ segera ini punya nilai kalori yang berbeza beza.

Kalau kita tidak punya masa lakukan aktiviti untuk hilangkan kalori, pilih dan sukat makanan yang mahu diambil.

Sihat itu penting. Sihat itu jihad. Otak dan tubuh kita tanggungjawab kita.

********

Semoga Bermanfaat dan Kekal Sihat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen