“Tiada Pasangan Yang ‘Bodoh’ atau Hodoh Kerana Ia Tugas Kita Untuk Mencari Keunikan Dalam Pasangan” Ikuti Perkongsian Ini.

Sebelum ingin berkahwin sudah menjadi lumrah, seseorang akan cuba untuk memilih bakal jodohnya sendiri. Dan semua sangkaannya akan mendorong dirinya memilih jodoh mengikut citarasanya tersendiri. Namun, semua adalah takdir kerana tidak semua apa yang kita inginkan Allah akan beri.

Seperti kita mahukan jodoh yang berkelulusan kejuruteraan, namun Allah berikan si dia yang pandai memasak pula.

Kerana Allah itu Maha Adil, Dia berikan apa yang kita perlukan, bukan apa yang kita mahukan mengikut nafsu.

Berkenaan dengan jodoh terutamanya setelah berkahwin, ramai yang merasakan tiba-tiba tidak serasi walaupun sudah lama duduk sebumbung. Sebenarnya ia semua adalah ujian, dan semuanya tugas kita untuk mencari keunikan dan kelebihan pada pasangan seperti perkongsian dari Doktor Fara ini…

********

WALAUPUN BIDANG BERBEZA...

Bidang saya dan suami agak berbeza. Tapi saya tetap suka berbual dengan suami saya tentang isu semasa bidang-bidang yang saya ceburi ataupun pengetahuan tertentu dan hasil kajian terbaru, dan bertanya kepadanya perkembangan semasa bidang kajiannya.

Tidaklah menyimpan ilmu sendirian, kau kerja kau, aku buat kerja aku. Memasak juga. Saya faham benar yang suami saya tidak cekap memasak. Tapi kalau di dapur bila dia tanya itu ini saya akan jawab sedaya upaya. Tunjukkan kepada dia apa yang dia berminat untuk ketahui, bagaimana cara siang ikan, bagaimana menyukat garam gula dalam masakan.

CARILAH KESERASIAN DALAM APA JUA PERKARA...

Suami-suami, isteri-isteri, daya intelektual pasangan adalah pencapaian yang berterusan. Ianya tidak terhad kepada bidang akademik sahaja. Apa-apa yang diketahui, cara melaksanakan pekerjaan, stail pemikiran, , pendapat, pemerhatian dari pengalaman itulah pengetahuan, intelektualiti.

Sama-samalah raikan pengetahuan pasangan...

Walaupun sekadar isteri pandai masak nasi goreng paling sedap di dunia, suami pandai baiki kipas rosak, tukar tayar, betulkan paip pecah, singki tersumbat. Siapa lagi hendak memuji pencapaian diri kalau bukan pasangan sendiri. Menaikkan motivasi untuk buat lebih baik, dan juga untuk rasa dihargai.

KEUNIKAN PASANGAN, KITA YANG PERLU TEROKA...

Setiap pengetahuan yang pasangan kita miliki adalah nilai unik yang menjadikan dia pilihan yang menepati setiap ciri yang kita idamkan, menjadikan dia outstanding berbanding orang lain yang kita pernah temui dan kenali.

Setiap perkara unik ini, biarpun sesetengahnya hanya kita yang mengetahui, atau mendapat tentangan pihak luar, tapi inilah yang membentuk ciri istimewa pada dirinya yang tidak ditemui pada orang lain.

Bukan "Ala suami/isteri saya biasa-biasa sahaja".

Tapi "Ya, itulah suami/isteri saya, insan yang luar biasa - kalau awak tidak rasa begitu tidak mengapa, asalkan dia unik kepada saya".

Kalau bukan suami/isteri kita yang luar biasa kepada kita, maknanya sama sahaja suami/isteri kita dengan suami/isteri orangkan? Apa gunanya institusi perkahwinan yang memerlukan unit keluarga dan individu yang unik?

Tidak penting apa yang orang lain cakap, yang penting setiap pasangan tahu kecerdikan dan kelebihan pasangannya mengikut ciri uniknya yang tersendiri. Tidak bagus di mata orang lain, tapi unik dan istimewa pada dirinya. Pasangan anda unik, kepada anda, untuk anda. Sebab itu anda memilih dia.

Tiada pasangan yang bodoh. Yang ada sebenarnya potensi yang belum diterokai, peluang yang belum dikongsi, penjelasan dan kefahaman yang belum diberi.

Jika rasa suami isteri tidak pandai, pandaikanlah.

#thisisyourdoctorspeaking

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen