Ustaz Pahrol Juoi Memberi Tips Adab Memberi Dan Menerima Teguran Dalam Rumah Tangga.

Pergaduhan boleh berlaku dimana-mana sahaja, termasuklah dikalangan pasangan yang sudah berkahwin. Jika berlaku pergaduhan, pasti ada pihak yang suka memberi teguran, dan sebelah pihak lagi mendiamkan diri.

Namun, pergaduhan yang berlanjutan adalah disebabkan adanya pihak mahu memberi teguran, akan tetapi tidak boleh pula menerima teguran.

Teguran itu memang pahit untuk ditelan, akan tetapi sekiranya ia baik untuk hubungan suami isteri bermuhabah diri untuk perbaiki kesilapan.

Seperti yang dikongsikan oleh Ustaz Pahrol Juoi, teguran yang benar itu pahit dan menyakitkan, namun ada adab untuk menerima dan memberi teguran ini…

Image may contain: 1 person, smiling, suit

********

Benar Walaupun Pahit.

Teguran orang yang paling hampir dengan kita selalunya kebenaran, tetapi ia juga selalunya menyakitkan. Apabila pasangan kita memberi teguran, terimalah, walaupun pahit. Jika terlalu pedih, diamkan diri. Jangan melenting, apa lagi berdendam.

Selagi pintu hati kita tidak terbuka menerima teguran, selagi itulah kita tidak akan mampu membuat perubahan. Pedulikan niat orang yang menegur, samada dia ikhlas atau sebaliknya. Yang penting hati kita... cubalah ikhlas menerimanya.

Jika orang yang paling rapat dan paling menyayangi itupun enggan kita terima tegurannya, bayangkan siapa lagi yang boleh kita harap untuk menegur kita. Tegur menegur ialah tradisi sebuah rumah tangga yang baik.

Berikut ialah tips untuk memberi dan menerima teguran dalam rumah tangga:

1. Yang menegur cubalah ikhlaskan hati. Hati yang ikhlas akan menggamit datangnya bantuan Allah untuk memudahkan orang yang ditegur menerimanya.

2. Gunakanlah bahasa dan ayat yang lembut untuk menegur. Nabi Musa AS pun dididik oleh Allah untuk menggunakan kata-kata yang lembut untuk menegur Firaun.

3. Yang ditegur, dengarlah dengan mata, telinga dan hati. Anggaplah teguran itu sebagai suluh yang menerangi titik buta kita.

4. Jika menyakitkan, jangan membalas sebaliknya diam... ambillah tempoh bertenang untuk memikirkannya.

5. Yang menegur dan ditegur, jangan sekali-kali mempersoalkan keikhlasan pihak lain. Katakan dia ikhlas...cuma mungkin cara memberi atau menerimanya sahaja yang kurang tepat.

********

Semoga bermanfaat dan belajarlah untuk menerima teguran daripada pasangan dengan hati yang terbuka. Jangan meninggikan ego semata-mata untuk memuaskan hati sendiri, namun akibatnya nanti hati yang merana.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen