“Selagi Kita Tidak Menghargai Apa Yang Kita Ada, Selagi Itulah Tiada Bahagia Dalam Kamus Hidup Kita.”

Oleh: Zuzu Yasmine

Ketika baru-baru berkahwin, pasangan kita itu adalah pasangan yang sempurna buat kita. Paling sedap mata memandang, paling pandai ambil hati dan segala-galanya lebihlah di awal perkahwinan. Tetapi apabila sudah mempunyai anak dua atau tiga orang, badan dah tak slim macam dulu, yang suami sudah tidak sado lagi, mulalah nampak isteri dan suami orang lain lebih elok dari pasangan kita.

Kita sepatutnya bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang ini. Seperti yang dikongsikan oleh Puan Marliya Ramli ini, bagaimana pasangan kita ketika ini, bersykurlah bahawa dia masih menjaga makan pakai kita, masih lagi setia bersama keluarga, dan masih lagi mahukan kita.

Tapi kita tidak sedar akan semua itu bukan? Mari baca nukilan yang beliau kongsikan ini.



Bila kali terakhir kita bersyukur?

Ditakdirkan Allah kita ditemukan jodoh dengan wanita seperti isteri jiran kita. Rupa-rupanya di sebalik wajah yang cantik, body yang solid dan penyayang nya seorang isteri memerlukan belanja. Kita terpaksa bekerja keras siang dan malam bagi memenuhi keperluan isteri lawa kita.

Bila balik rumah tak ada lagi kari kepala ikan sebab isteri kita menjaga badan mana boleh makan masakan bersantan. Malah hingga ke malam isteri baru kita yang bekerjaya besar bermesyuarat dan weekend ke salun juga spa tinggalkan anak-anak untuk kita yang jaga. Penat dan letih… Maka kita mula terfikir alangkah indahnya kehidupan lalu kita dengan isteri yang garang seperti singa.

Kenapa kita tidak bahagia? Apa maksud bahagia? Kenapa kita masih tidak bahagia walaupun kita beroleh sesuatu yang kita impikan?

Jawapan nya sangat mudah.

Kerana kita lupa untuk memandang sisi baik pasangan kita. Kita lupa untuk melihat kelebihan yang pasangan kita ada.

Hatta suami berdengkur seperti badak air setiap malam, tapi dia berada di sisi kita dan setia bersama keluarga.

Hatta isteri berwajah biasa-biasa dan garang seperti singa tapi dia cekap menguruskan rumahtangga malah masakannya mengenyangkan perut kita.

Maka.. bagaimana mahu beroleh bahagia?

Tak apalah jika suami kita tidak romantic, boroi dan tidak kaya asalkan dia setia di sisi keluarga.

Tak apalah jika isteri kita tak lawa, tak gebu dan tidak bekerjaya gah asalkan dia bijak mengurus keluarga.

Ya.. kita bisu, pekak dan buta.

Mulut kita bisu untuk meluahkan cinta. Telinga kita pekak untuk mendengar yang baik-baik. Malah mata kita buta untuk menghargai keistimewaan yang kita ada. Malang sungguh! #apeni

Selagi kita bisu, pekak dan buta, selagi itulah kita tidak akan faham erti bahagia. Ertinya bahagia adalah apabila kita menghargai apa yang di depan mata.

Bila kali terakhir kita pandang wajah pasangan melebihi satu minit? Bila kali terakhir kita cium tangan suami memohon kemaafan?

Bila kali terakhir kita ucapkan terima kasih pada isteri yang selama ini berada di sisi? Bila kali terakhir kita bersyukur kerana memiliki dia?

Bila kali terakhir kita menyatakan cinta minimum 10 kali sehari? Bila? Bila? Dan bila?

Selagi kita tidak menghargai apa yang kita ada, selagi itulah TIADA BAHAGIA dalam kamus hidup kita.

Salam sayang.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen