Wanita Ini Kongsi 5 Cara Untuk Ubah Hidup, Lakukan Secara Kerap Dan Lihatlah Perubahan Yang Anda Rasai.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sering tertanya-tanya macam mana nak ubah cara hidup kita yang sekarang ini untuk menjadi yang lebih baik. Selalunya kita masih lagi tercari-cari akan hidup yang lebih menenangkan jiwa malah menjadi insan yang lebih kuat serta bersemangat.

Solat tidak tinggal, tetapi jiwa masih kosong seperti ada benda yang tersekat di dalam hati. Tidak dapat diluahkan malah tidak dapat dikongsi tetapi apa yang diri mahu adalah untuk berubah menjadi seorang yang lebih baik berbanding diri yang sekarang.

Buat anda yang tercari-cari ketenangan serta ingin mengubah hidup, Puan Aqilah Nor ini kongsi 5 cara yang patut anda cuba. Lakukan secara konsisten selama 21 hari dan rasailah perubahan dalam hidup anda.



Bangkit jam 4.30 pagi, dan lakukan ini.

1. 'Disconnect' dengan dunia luar

Ambil masa seketika, bebaskan diri dari telefon bimbit, laptop, komputer, TV.

Jadikan masa ini kita dapat 'full connection' dengan Rabb.

Tahajud, istigfar, pejam mata, memohon dan meminta padaNya, di saat alam sedang senyap sunyi, gelombang fokus dan tenang sangat tinggi pada masa ini.

2. Tarik nafas & fokuskan diri

Lakukan 'deep breathing' kerana ia membantu kita berada dalam keadaan 'Present Moment',

Rasakan saat ini hanya kita berdua, kita dan Pencipta kita, dan kita akan mendapat energi yang tinggi untuk mencipta impian dan kehidupan mendatang kerana kita ditugaskan menjadi pentadbir ( khalifah ).

3. Lakar dan bina impian

Bayangkan setiap impian yang kita mahukan,

bagaimana keadaan diri yang kita mahukan,

keluarga yang kita mahukan,

kewangan yang kita mahukan,

amalan ibadah yang kita mahukan, dan sebagainya.

4. Buat latihan ' a new you'

Bayangkan dengan teliti impian tersebut, apakah langkah yang perlu dilakukan untuk mendapatkannya.
Bayangkan keadaan diri yang sedang usaha mencapainya,

Lihat bagaimana tulang 4 kerat berusaha dengan sebegitu gigih, rasakan titisan peluh yang mengalir, dengarkan suara-suara orang yang memberi sokongan dan pujian di atas usaha kita.

5. Lepaskan semua cerita lalu

Kenalpasti segala dendam,

segala benci,

segala marah,

segala duka yang pernah di lalui,

LET IT GO.

Kerana selagi ia terbelenggu, ia akan mengikat diri kita untuk terus bergerak dan melangkah mencapai apa yang diimpi.

Serahkan kisah lalu itu pada Allah, serahkan segala rasa yang membenam di kalbu pada Nya, mohon digantikan dengan rasa yang lebih baik dari ini.


Dan bersegeralah kamu mencari ampunan daripada Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, (iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebaikan.”
(Surah Ali-Imran: ayat 133-134)


Inilah yang dikatakan 'programming' baru setiap hari,

Di samping kita merasa dekatnya 'connection' kita dengan DIA saban hari.

saban waktu.

Dan lihat perubahan yang berlaku selepas 21 hari konsisten melakukannya.

Semoga kita menggapai cinta dan rahmatNya,


Semoga kita berjalan di atas muka bumi dengan penuh rasa syukur dan bahagia.


“Dan pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.”
(Surah Isra’; ayat 79)

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen