“Suka Bandingkan Diri Dengan Orang Lain Sebab Adanya Penyakit Hati..” Ikuti Tips Ini Untuk Bersihkan Hati.

Sebagai manusia biasa yang sering melakukan dosa, tanpa disedari sebenarnya kita memiliki hati yang tidak bersih. Dengan kata yang lebih kasar ‘Hati Hitam’.

Hati hitam atau penyakit hati ini terjadi apabila kita sering tidak berpuas hati dengan kehidupan individu lain. Tidak senang melihat orang lain lebih daripada kita. Malah tidak senang apabila melihat orang lain lebih bahagia.

Namun, kita menjadi bahagia apabila melihat orang lain sedih, gagal, putus cinta dan seumpama denganya. Hati-hati dengan penyakit hati ini kerana ia menandakan kita ada masalah dengan sendiri. Cepat-cepat istighfar dan cuci hati kita dengan perkongsian daripada saudari Nur Aliah

********

Kalau kita dapat bonus dari bos, kita bahagia tak? Mesti la bahagia! Happy!

Tapi tiba-tiba esok kita dapat tahu rakan sekerja kita dapat bonus 2x ganda dari apa yang kita dapat!

Persoalannya, rasa bahagia kita yang semalam tu ada lagi tak?

Kalau rasa bahagia tu hilang, itu tandanya kita dah terkena 1 penyakit!

Iaitu penyakit sedih melihat orang lain senang dan kita senang melihat orang lain sedih.

Kenapa jadi macam ini?

Sebab kita suka sangat nak banding-bandingkan dengan apa yang kita dapat.

Rezeki yang kita dapat, kita bandingkan dengan orang lain.

Kita persoalkan, kenapa kereta dia lebih besar dari kita, kenapa rumah dia lebih cantik dari kita, kenapa agen dia lebih ramai dari agen kita, kenapa suami dia hebat suami kita biasa-biasa je?

Kalau yang ada anak-anak pula, kita suka bandingkan anak kita dengan anak jiran sebelah rumah, bandingkan anak kita dengan kawan-kawan sekolahnya, dan lebih dasyat lagi kita bandingkan dengan kakak dan adiknya sendiri! (Adik beradik)

Tahu tak dengan kesan yang kita suka banding-bandingkan ini la anak kita boleh jadi stress!

Di sebabkan kita suka banding-bandingkan ini la bukan buatkan kita je yang tak bahagia, malah orang sekeliling kita juga rasa tak bahagia dan tak selesa sebab dengan cara kita ini.

Ni Lia kongsikan cara untuk kita ubat diri kita iaitu :

No1. Bersihkan hati (Tazkiyatun Nafs).

Bersihkan hati dengan sifat suka membanding-bandingkan. Iaitu dengan sentiasa istighfar kepada Allah swt. InshaaAllah dengan istighfar kita akan rasa lebih tenang aman-damai. (Allah As-Salam)

No2. Kuatkan hati (Takwiyatun Nafs).

Apabila hati kita dah lebih tenang, kita perbanyakkanlah bersyukur (Allah Ash-Shakur). Sentiasa ucapkan Alhamdulillah. Dengan ucapkan Syukur Alhamdulillah kita itu makanya kita dapat terapkan rasa kasih sayang dalam jiwa kita ini. (Allah Ar-Rahman & Ar-Rahim)

Kalau kita tak ada ke 2 ini, kita susah nak memaafkan diri kita.

Mata kita melihat, tapi hati kita sakit.

Telinga kita mendengar, tapi hati kita sakit.

Wajah kita senyum, tapi hati kita sebenarnya sakit!

Dan bayangkan orang yang buta hati ni, tak akan pernah rasa bahagia!

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen