Memaafkan Seseorang Yang Berlalu Pergi Itu Perlu, Tetapi…

Sebagai manusia biasa, mengungkapkan kata-kata maaf memang agak sukar. Oleh kerana itu, kata-kata maaf adalah kata-kata yang mahal untuk diungkap.

Sukar untuk mengungkapkan kata-kata maaf, mungkin disebabkan ego dan mahu melindung diri. Akan tetapi, sekiranyamudah mengungkap kata maaf, jangan pula mengizinkan diri untuk disakiti lagi…

Ikuti nukilan dari saudara Syafiq Ridhwan ini…

********

Memberi kemaafan itu betul.

Tapi kadang-kadang dalam percintaan dan perhubungan ini, kau mungkin memberi maaf kepada orang yang salah.

Kadang-kadang, kau terlalu rapat dan sayang sangat dengan orang yang kerap melukakan hati kau. Dan kau rasa dengan cara memaafkan adalah jalan paling mudah untuk kau menyelamatkan perhubungan tu dan kembali rapat semula.

Dengarlah.

Memaafkan bukan bermakna kau biarkan dia kembali mengambil hati kau semula sewenang-wenangnya. Tak juga bermakna kau membuka kembali hati kau dan perlu menyerahkan kunci kepada dia.

Paling penting, memaafkan tidak bermakna kau perlu menyimpan kembali dia dalam kehidupan kau.

Ya, kau berhak memaafkan orang yang menipu diri kau. Yang membuatkan kau kecewa dan jatuh terduduk pada satu keadaan yang paling rendah. Kau berhak memaafkan orang yang tak mengendahkan kewujudan kau untuk satu tempoh masa yang panjang, yang tidak meletakkan kau sebagai keutamaan dan meninggalkan kau untuk selamanya.

Tapi tidak bermakna, kau membenarkan diri kau untuk kembali mempercayai dia lagi.

Memaafkan tidak bermakna kau perlu patuh segala apa yang dimahukan semula. Hidup bersama dengan orang yang memusnahkan tapak yang kau bina perlahan-lahan satu tika dulu.

Memaafkan tidak juga bermakna kau membuat dia menjadi kawan rapat sedangkan dia adalah orang yang mengkhianati kau dahulu.

Memaafkan itu adalah kau menerima apa jua kesalahan yang dia lakukan, biarkan dia berlalu pergi, dan kau….bermula kembali dengan sebuah kehidupan yang baru.

Kehidupan yang jauh lebih baik dari masa lalu.

********

Semoga Diberi Inspirasi!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen