Ikuti Kisah Seorang Pemuda Yang Selalu Memandang Para Gadis...

Oleh: Zuzu Yasmine
Buat mereka yang belum berkahwin ini, pasti mata akan sentiasa tercari-cari seseorang yang sesuai untuk dijadikan pasangan hidup. Selagi tidak jumpa, selagi itulah mata akan terus tercari-cari. Kafang bukan sahaja mereka yang belum berkahwin, yang sudah berkahwin juga begitu.

Tidak kiralah lelaki atau perempuan, baik sudah berkahwin atau belum, kita seharusnya sentiasa menundukkan pandangan kita terhadap orang lain. Mari ikuti kisah ini.



Seorang Pemuda Yang Selalu Memandang Para Gadis...

Seorang pemuda datang kepada seorang Syeikh, kemudian dia bertanya:

“Aku seorang pemuda, akan tetapi nafsu syahwatku besar sekali. Aku tidak dapat menahan pandanganku ketika melihat manusia dan para gadis di pasar (dan di jalan), maka apa yang harus aku buat?”

Maka Syeikh tersebut memberikan sebuah gelas yang penuh dengan susu, dan meminta kepada pemuda ini untuk menghantar segelas susu tersebut kepada seseorang, yang jalannya melalui pasar dan tidak boleh tumpah sedikitpun!
Dan syeikh meminta salah seorang muridnya untuk mengikut dan mengawasi pemuda ini dan memukulnya di depan orang jika menumpahkan susu tersebut.

Maka pemuda itu menjalankan perintah Syeikh, ia menghantar susu itu kepada orang yang dimaksudkan Syeikh tanpa menumpahkannya sedikitpun...

Kemudian setelah selesai, Syeikh bertanya: “Berapa pemandangan yang kamu saksikan, dan berapa gadis yang engkau lihat di jalanan?”

Maka pemuda tersebut menjawab: “Wahai Syeikh, aku tidak melihat sesuatu apa pun di sekitarku. Jika susu tersebut tumpah sedikit sahaja, aku takut dan teringat akan dipukul di depan khalayak ramai...”

Berkata Syeikh: “Demikianlah keadaan seorang mukmin, orang yang beriman selalu takut kepada Allah dan selalu ingat di hari kiamat, akan disiksa jika bermaksiat.”

Mereka itulah orang-orang beriman menjaga dirinya dari maksiat, mereka selalu ingat akan hari kiamat...

Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.”

Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.”
(QS An-Nuur: 30-31)

----

Ya Allah jadikanlah kami termasuk orang-orang yang menundukkan pandangan....

Allahumma Aamin...

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen