Gadis Ini Kongsi DIY Pepper Spray Dengan Kos Yang Murah Serta Sesuai Untuk Simpan Di Dalam Handbag.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebagai seorang wanita, langkah sentiasa berjaga-jaga sememangnya sangat diperlukan demi menjaga maruah diri serta mempertahankan diri dari perkara yang tidak diingini. Orang kata, setiap wanita wajib simpan pepper spray satu di dalam beg tangan mereka. Nak-nak lagi mereka yang selalu jalan bersendirian ke mana-mana.

Harga pepper spray yang dijual di Malaysia agak mahal dan yang paling tak best, dah lah mahal ada tarikh luput pula tu. Dah beli mahal-mahal, tak guna, sampai tarikh luput kena buang.

Baru-baru ini kami ada lihat sebuah post tulisan anak gadis Filipina yang bernama Marry Ferjel Babasa yang mendapat 99 ribu share difacebook ini. DIY pepper spray yang mudah dengan kos yang murah. Bahannya cuma ada 3. Anda boleh cuba ya.



Bahan-bahan yang anda perlukan ialah:



i. Botol spray plastik kecil yang boleh anda beli di Mr.DIY atau Daiso. Botol kecil muat untuk disimpan di dalam handbag.



ii. Beberapa biji cili padi

iii. Air


Caranya:

• Sediakan botol spray.



• Potong cili padi.



• Selepas itu, masukkan cili yang telah dipotong ke dalam botol spray tadi.



• Masukkan air ke dalam botol cili tersebut dan goncang.

Siap!

Mudah sungguh kan! Tunggu apa lagi. Jom cuba sendiri.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen