Dalam Islam Juga Para Ibu Bapa Harus Mendidik 5 Sifat Empati Ini Pada Anak-Anak.

Pada masa kini, generasi muda seolah-olah kurang adanya moral dan adab dalam menyantuni orang lebih tua. Ini terjadi kerana kurangnya rasa empati di dalam diri, dan berkemungkinan kurang didikan daripada kedua ibu bapa.

Dalam Islam juga, menegaskan ibu bapa perlu mendidik sifat empati pada anak-anak supaya adanya belas kasihan pada masyarakat lebih-lebih pada mereka yang lebih tua, atau golongan yang tidak berkemampuan.

Jadi, ibu bapa perlu…

1. Mendidik anak-anak untuk ucapkan Alhamdulillah.

Selain daripada ungkapan Terima Kasih, ibu bapa juga perlu mendidik anak-anak untuk mengungkap Alhamdulillah apabila menerima sesuatu kebaikan. Namun, apa yang kita lihat pada masa kini, apabila anak-anak teruja atau gembira mereka hanya mengucap “OMG!”

Mungkin terikut-ikut dengan budaya barat.

Mengungkap terima kasih dan Alhamdulillah mampu memberi panduan pada anak-anak dalam mengekspresikan perasaan dengan lebih baik.

2. Menjadi contoh yang baik untuk promosikan nilai empati.

Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. berkata:

“Rasulullah SAW bersabda : Orang yang paling sempurna imannya ialah paling baik akhlaknya. Sebaik-baik kalian ialah yang paling baik akhlaknya kepada isteri-isteri mereka.” (Jami’ at-Tirmizi, Kitab al-Rido; hadis no 1162, hasan sahih)

Daripada hadis di atas, sudah diperjelaskan bahawa sebaik akhlak adalah mereka yang melayani isteri dengan baik. Jadi, sudah tentu ia dimulakan daripada layanan seorang suami terhadap isterinya dan dipertontonkan oleh anak-anak.

Baik layanan suami terhadap isteri, baiklah akhlak anak-anak kelak terhadap pasangannya masing-masing.

3. Membawa anak-anak menyertai aktiviti kemasyarakatan.

Pada masa kini, agak sukar untuk melihat para ibu bapa membawa anak-anak untuk menyertai aktiviti kemasyarakatan. Atau juga lebih dikenali dengan kerja-kerja sukarelawan/volunteer. Aktiviti sebegini secara tidak langsung akan meningkatkan sifat empati pada anak-anak kerana mereka terdedah dengan orang ramai dalam melibatkan diri menolong antara satu sama lain.

Sebagai contoh:

  • Aktiviti gotong-royong di kawasan rumah atau sekolah.
  • Menolong mereka yang tidak berkemampuan.
  • Aktiviti sukaneka atau semangat kesukanan.

Tetapi pada masa kini, tidak ramai dikalangan anak-anak mahu melibatkan diri dalam aktiviti sebegini kerana mereka lebih suka bermain dengan gajet dan seumpama dengannya.

4. Menjadi pendengar yang baik kepada anak-anak.

Selain menjadi contoh yang baik untuk anak-anak, ibu bapa juga perlu menjadi pendengar yang setia pada anak-anak. Daripada menjadi pendengar yang setia, ia dapat membina sifat empati pada anak-anak.

Dengarlah luahan dan pendapatan anak-anak terdahulu, kemudian baru membalas seperti memberi nasihat atau solusi. Jika anda sebagai ibu bapa terus menerus tidak mendengar pendapat anak-anak kerana beranggapan anak-anak tidak pernah betul, ia akan mendorong mereka tidak mendengar pendapat anda ketika anda tua kelak.

5. Memberi ruang kepada anak untuk membuat keputusan.

Ibu bapa juga harus memberi peluang kepada anak-anak untuk membuat keputusan dan memilih bidang akademik yang ingin mereka pelajari. Sebagai ibu bapa anda perlu bertindak sebagai orang yang terus menyokong dan membimbing mereka untuk berjaya.

Kesimpulannya dalam membina nilai empati dalam diri anak-anak, ia adalah sangat penting bukan hanya sekadar untuk kebaikan keluarga tetapi untuk negara dan dunia hari ini. Nilai kemanusiaan bergantung sejauh mana manusia mempunyai nilai daripada sifat empati.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen