“Nak Marah Isteri Pun Ada Caranya..” Ikuti 8 Nasihat Daripada Lelaki Ini Untuk Para Suami.

Apabila sudah menjadi seorang suami, perkara pertama yang menjadi dilemma adalah cara untuk memarahi isteri, kerana takut isteri merajuk berpanjangan. Sebagai seorang lelaki yang mampu berfikiran rasional, lelaki sepatutnya lebih bijak mengawal emosi daripada perempuan supaya para isteri akan hormat suaminya sendiri kelak.

Nak marah pun ada caranya. Ikuti nasihat dan tips dari saudara Akhtar Syamir ini…

********

Jadi, bagaimana untuk memarahi isteri tanpa memarahi? Saya tidak kata ianya mudah. Suami perlu mempunyai daya kesabaran yang tinggi untuk menghadapi situasi ini dengan baik.

1. Bertenang dan dengar penjelasan dari dia. Tidak ada gunanya dua orang bercakap dalam masa yang sama.

2. Jangan meninggikan suara. Ada bezanya bertegas dan meninggikan suara. Ketegasan bermaksud yang anda kesal kerana ianya terjadi tetapi memarahi terus akan menjadikan ianya negatif.

3. Terangkan kesalahannya dan bagaimana ianya sepatutnya boleh dielakkan. Seperti mendidik anak, isteri juga kadang-kala kurang faham kenapa sesuatu perkara itu bakal mendatangkan masalah. Menjadi tugas suami menambah apa yang kurang.

4. Tekankan betapa pentingnya berkongsi dengan suami tentang apa yang ingin dilakukan sebelum ianya dilakukan. Bukan semuanya perlu keizinan, tetapi pendapat orang kedua adalah sangat penting dan boleh membuka pandangan baru di dalam sesuatu perkara.

5. Jangan menuduh, jangan mengungkit. Kita lelaki, kita tidak sepatutnya menghukum perkara yang sudah lama berlaku "di atas" perkara yang sedang berlaku. Fokus pada yang sekarang dan bukan menambah keberatan kesalahan itu dengan kesalahan lalu.

6. Jangan sekali-kali memaki. Perkataan yang paling perlu dielakkan ialah "bodoh", "lembab", "degil" dan lain-lain. Simpan perkataan itu di dalam hati. Kesannya sangat buruk dan berpanjangan jika ianya terkeluar dari mulut suami.

7. Beri isteri ruang. Jangan terlalu menekan. Jika si dia terlalu tertekan, kesannya amat tidak baik. Kadang-kala ianya boleh jadi luar kawalan. Jika ianya berlarutan, kebarangkalian depresi juga boleh terjadi.

8. Akhir sekali, peluklah isteri kamu. Maafkanlah dia. Ciumlah rambutnya. Dia juga seorang manusia, tidak terlepas dari melakukan kesilapan sama seperti kita.

Akhiri itu semua dengan positif. Ada kemungkinan, dengan kesilapan isteri dan cara pengendalian suami ini boleh membuatkan ikatan perhubungan itu semakin erat. In Shaa Allah.

Semoga penulisan ini dapat memberi ilmu yang baru dalam kehidupan suami-isteri. Silakan SHARE untuk kita sama-sama dapat menyebarkan kebaikan.

********

Semoga Bermanfaat dan Jadilah Suami Yang Dihormati Selalu!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen