Buat Bakal-Bakal Pengantin, Kenali Rukun & Syarat Sah Nikah.

Oleh: Zuzu Yasmine

Ketika sedang sibuk menyediakan persiapan perkahwinan ini, pasti banyak perkara yang kita perlu berulang kali lakukan semakan untuk memastikan segalanya teratur dan sudah tersedia mengikut seperti yang dimahukan serta bersesuaian dengan syarak.

Perkahwinan ialah akad yang menghalalkan di antara lelaki dengan perempuan hidup bersama dan menetapkan tiap-tiap pihak daripada mereka hak-hak dan tanggungjawab. Dalam erti kata lain, suatu akad yang menghalalkan persetubuhan dengan sebab perkataan yang mengandungi lafaz nikah, perkahwinan dan sebagainya.



Allah berfirman dalam surah An-Nisaa’ ayat 3, ertinya :

“Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil (bilah menikah) anak-anak yatim, maka nikahilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi, dua, tiga atau empat.Tetapi, jika kamu takut tidak dapatberlaku adil, maka seorang sajalah, atau hamba sahaya yang kamu miliki.Yang demikian itulah yang lebih memungkinkan kamu terhindar dari berlaku sewenang-wenangnya.”

Namun dalam menyediakan pelbagai persiapan lain, jangan dilupakan akan rukun nikah yang yang begitu penting dalam sesebuah akad nikah ini. Berikut adalah rukun nikah yang patut anda ketahui.



Rukun Nikah

1. Calon isteri. (perempuan)
2. Calon suami. (lelaki)
3. Wali.
4. Dua orang saksi.
5. Akad ijab dan qabul.

1. Syarat-Syarat Calon Isteri

• Bukan mahram dengan bakal suami.

• Bakal isteri itu tentu orangnya, tidak sah perkahwinan kalau seorang bapa berkata: “Saya nikahkan awak dengan salah seorang daripada anak-anak perempuan saya”.Pendeknya mestilah ditentukan yang mana satu daripada anak-anaknya itu.

• Bukan isteri orang dan bukan pula masih dalam iddah.

• Benar-benar yang ia seorang perempuan – bukan khunsa.

• Dengan rela hatinya bukan dipaksa-paksa kecuali bakal isteri itu masih gadis maka bapa atau datuk (bapa kepada bapa) boleh memaksanya berkahwin.

2. Syarat-Syarat Caalon Suami

• Bukan mahram dengan bakal isteri.

• Dengan pilihan hatinya sendiri, tidak sah berkahwin dengan cara paksa.

• Lelaki yang tertentu, tidak sah perkahwinan kalau wali berkata kepada dua orang lelaki : “Saya nikahkan anak perempuan saya Aminah dengan salah seorang daripada kamu berdua.”

• Bakal suami mestilah tahu yang bakal isteri itu sah berkahwin dengannya.

• Bakal suami itu bukan sedang dalam ilham.

• Bakal suami tidak dalam keadaan beristeri empat.

3. Syarat-Syarat Wali

i. Islam, orang yang tidak beragama Islam tidak sah menjadi wali atau saksi.

Firman Allah:
Ertinya : Wahai orang yang beriman janganlah kamu ambil orang Yahudi dan orang Nasrani untuk menjadi wali.(Surah Al-Maidah : Ayat 51)


ii. Baligh

iii. Berakal

iv. Merdeka

v. Lelaki, perempuan tidak boleh menjadi wali.

Sabda Rasulullah SAW :
Ertinya : Tidak harus perempuan mengkahwinkan perempuan dan tidak perempuan mengkahwinkan dirinya sendiri, dan kami berkata: perempuan yang mengkahwinkan dirinya sendiri adalah penzina.
(Riwayat Al-Dar Al-Qatni)

vi. Adil – tidak pasiq, sabda Rasulullah SA :

Ertinya : Tidak sah perkahwinan itu melainkan dengan wali yang adil.

Tidak dalam ihram, sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
Ertinya : Orang yang sedang berihram tidak boleh berkahwin dan tidak boleh mengkahwinkan orang lain.
(Riwayat Muslim)

vii. Tidak cacat akal atau fikirannya samada kerana terlalu tua atau lainnya.

viii. Tidak dari orang yang ditahan kuasanya dari membelanjakan hartanya kerana bodoh atau terlalu boros.


4. Syarat- Ijab Dan Qabul

a. Syarat-syarat ijab :

1. Hendaklah dengan perkataan nikah atau tazwij yang terang dan tepat.

2. Lafaz ijab itu tidak mengandungi perkataan yang menunjukkan perkahwinan itu terbatas waktnya.

3. Dari wali sepertii katanya : “Saya nikahkan awak dengan anak saya Fatimah dengan mas kahwin lima ratus ringgit tunai / bertangguh”, atau pun dari wakil wali seperti katanya : Saya nikahkan dikau dengan Fatimah binti Yusof yang telah berwakil wali ayahnya kepada saya dengan mas kahwin sebanya lima ratus ringgit tanai / bertangguh”.

4. Tidak dengan lafaz ta’liq seperti kata wali : “Saya nikahkan dikau dengan anak saya Fatimah sekiranya anak saya itu diceraikan dan selesai iddahnya”.

b. Syarat-syarat Qabul :

1. Tidak berselang lama atau tidak diselangi dengan perkataan-perkataan lain di antara ijab dan qabul. Ertinya di antara ijab dan qabul tidak diselangi oleh sesuatu samada perkataan-perkataan yang lain daripada ijab dan qabul atau diam yang lama, bukan diam untuk bernafas.

2. Diterima oleh calon suami seperti katanya : “Saya terima nikahnya dengan mas kahwin sebanyak yang tersebut tunai / bertangguh”. Ataupun wakilnya seperti katanya: “Saya terima nikahnya untuk Osman, (kalau calon suami itu bernama Osman) dengan mas kahwin yang tersebut”.

3. Lafaz qabul itu tidak berta’liq.

4. Lafaz qabul itu tidak mengandungi perkataan yang menunjukkan nikah itu terbatas waktunya.

5. Hendaklah disebut nama bakal itu atau ganti namanya, seperti kata calon suami : “Saya terimalah nikah Fatimah atau nikahnya”.

6. Lafaz qabul itu sesuai dengan lafaz ijab.

7. Hendaklah lafaz qabul itu lafaz yang terang bukan sindiran.



5. Syarat-Syarat Saksi

1. Kedua saksi perkahwinan itu mestilah beragama Islam.

2. Lelaki

3. Berakal

4. Baligh

5. Merdeka

6. Adil (tidak fasiq).

7. Melihat, tidak sah menjadi saksi orang yang buta.

8. Mendengar, tidak sah menjadi saksi orang yang pekak.

9. Kuat ingatan, maksudnya ingat apa yang didengar dan yang dilihat.

10. Faham dengan bahasa yang digunakan dalam ijab dan qabul.

11. Bukan yang tertentu menjadi wali seperti bapa atau saudara lelaki yang tunggal (tidak ada saudara lelaki yang lain), ertinya : tidak sah perkahwinan sekiranya bapa atau saudara yang tunggal itu mewakilkan kepada orang lain untuk mengakadkan perkahwinan itu sedangkan mereka menjadi saksi dalam perkahwinan tersebut.

Susunan Wali

• Bapa

• Datuk sebelah bapa hingga ke atas

• Saudara seibu sebapa

• Saudara sebapa

• Anak saudara lelaki seibu sebapa hingga ke bawah.

• Anak saudara lelaki sebapa hingga ke bawah

• Bapa saudara seibu sebapa hingga ke atas.

• Bapa saudara sebapa hingga ke atas.

• Anak bapa saudara seibu sebapa (sepupu) hingga ke bawah.

• Anak bapa saudara sebapa (sepupu) hingga ke bawah.

• Kemudian hakim (Sultan) termasuklah orang-orang yang dilantik oleh Sultan seperti Kadhi atau naib Kadhi.

• Di dalam susunan wali tersebut, wali yang paling hampir kepada perempuan digelar dengan wali aqrabdan yang terjauh digelar dengan wali ab’adh.

• Untuk menjadi wali perkahwinan itu mestilah didahulukan yang lebih aqrab kemudian kalau tidak ada yang lebih aqrab baharulah yang selepas dan begitulah seterusnya.

1.  Wali Hakim

Hakim mempunyai kuasa untuk menjadi wali dalam satu-satu perkahwinan di masa yang tertentu seperti berikut :

i. Ketika tidak ada wali yang tersebut, sebagaimana sabda Rasulullah Salallahu Aalihi Wassallam : Ertinya

Sultan menjadi wali bagi mereka yang tidak ada wali.

ii. Wali enggann mengahwinkannya walaupun wali mujbir (bapa atau datuk) sekiranya keengganan itu kurang dari tiga kali, tetapi jika keengganan itu lebih dari tiga kali maka wali yang lebih jauh darinya berhak menjadi wali sebagaimana dalam susunan wali.

Sebagai contoh wali yang enggan menikahkan yaitu : perempuan yang baligh, berakal memohon kepada wali supaya mengahwinkan dengan seorang lelaki yang setaraf dengannya sedangkan wali bapa atau datuk mahukan seorang yang lain yang setaraf juga. Bentuk yang demikian tidaklah dianggap wali itu enggan atau ingkar, kerana wali itu lebih matang daripada perempuan itu dari segi perhatian dan pandangan untuk kepentingan atau kebahagiaan perempuan tersebut.

iii. Wali berada di tempat yang jauh sekadar perjalanan yang mengharuskan qasar sembahyang iaitu kira-kira enam puluh batu dan tidak ada pula wali yang sedarjat dengan wali yang jauh itu di tempat perempuan yang akan dikahwinkan itu.

iv. Wali sedang di dalam ihram dan tidak ada wali yang lain yang sedarjat yang tidak di dalam ihram.

v. Wali itu sendiri berkahwin dengan sempurna itu, seperti anak bapa saudara yang ketika sepatutnya beliau menjadi wali, tetapi oleh kerana beliau inginkan perempuan itu untuk menjadi isterinya dan tidak ada wali yang lain yan sedarjat dengannya maka ketika itu hakimlah yang menjadi wali.

vi. Hakim menjadi wali untuk mengahwinkan perempuan yang sudah baligh tetapi gila, sekiranya perlu dikahwinkan dan tidak ada wali yang mujbar (bapa atau datuk).

vii. Wali di dalam tahanan dan tidak boleh dihubungi sama sekali.

viii. Wali bersembunyi.

xi. Wali ghaib dan tidak diketahui hidup atau mati atau di mana ia tinggal.



2. WALI MUJBIR

Sebelum ini telah dinyatakan susunan wali, di dalam susunan wali tersebut terdapat dua golongan iaitu :

Wali mujbir :iaitu bapa dan datuk (bapa kepada bapa)sekiranya bapa sudah tidak ada, kedua-dua ini berhak mengkahwinkan perempuan yang masih gadis (anak dara) tanpa meminta keizinan daripada gadis tersebut lbih dahulu dengan syarat-syarat yang akan diterangkan kemudian. Walau bagaimanapun kedua-duanya disunatkan meminta keizinan gadis itu terlebih dahulu, sabda Rasulullah SAW.

Ertinya : Janda lebih berhak ke atas dirinya dan anak dara dikahwinkan dia oleh bapanya.

Bukan Mujbir iaitu : wali perkahwinan bagi yang bukan anak dara atau yang berkahwin itu anak dara tetapi bukan wali bapa atau datuk.Dalam keadaan ng begini wali tidak boleh mengkhwinkan tanpa meminta keizinan terlebih dahulu,kerana sabda Rasulullah SAW.

Ertinya : Janganlah kamu kahwinlah janda sehingga kamu meminta keizinan mereka terlebih dahulu.
(Riwayat At-Tarmidzi)

Oleh sebab seorang janda sudah mengetahui maksud atau tujuan perkahwinan sebab itulah tidak boleh dipaksa dengan tidak mendapat keizinan.

Info tambahan

Syarat-Syarat Sah Bapa Atau Datuk Mengkahwinkan Anak Dara Tanpa Keizinannya

• Tidak ada permusuhan di antara calon isteri dengan walinya.

• Tidak ada permusuhan di antara calon isteri dengan bakal suami.

• Kufu’ atau setaraf di antara bakal suami dengan calon isteri.

• Bakal suami sanggup membayar mas kahwin dengan tunai.

• Keempat-empat syarat tersebut adalah menjadi syarat bagi sahnya perkahwinan itu.

• Selain dari syarat-syarat tersebut di tambah dengan syarat-syarat lain seperti berikut:

i. Hendaklah mas kahwin yang setanding (mahar misil).

ii. Kahwin itu hendaklah dari wang yang digunakan dalam negeri itu.

iii.Bakal suami itu bukanlah dari orang yang menyusahkan bakal isteri untuk hidup bersamanya seperti orang buta atau terlalu tua.

Sekiranya ketiga-tiga syarat ini tidak diperolehi dan perkahwinan itu dilakukan juga, maka perkahwinan itu sah, tetapi wali adalah berdosa, pendeknya perkahwinan haram dilakukan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen