“Bila Berbuka Puasa, Cuba Elakkan Pengambilan Gula Putih…” –Dr Zubaidi-

Pasti ramai dikalangan kita mengambil inisiatif untuk menurunkan berat badan pada bulan puasa kali ini. Namun, tidak pula mengetahui makanan apa yang perlu diambil atau dikurangkan supaya penurunan berat badan tersebut berkesan dan membuahkan hasil.

Nasihat daripada Dr Zubaidi, dengan mengurangkan gula putih mampu menurunkan berat badan, bahkan ia juga banyak memberi kesan positif pada kesihatan tubuh badan ketika bulan puasa ini…

********

Image result for no sugar gif
Kredit: Gfycat

Dengan peningkatan mendadak masalah obesiti dan penyakit kronik yang berbahaya, sudah tentu kita lebih berjaga-jaga dengan pengambilan gula putih.

Dalam kajian yang terbaru menunjukkan bahawa gula putih memberikan kesan ketagihan dan pengambilan gula yang berlebihan akan menyebabkan kerosakan sel-sel tubuh dengan berkekalan.

Dalam kajian yang lain pula menunjukkan "untuk pulih dari ketagihan" dan kesan kerosakan akibat pengambilan gula berlebihan mengambil masa sekurang-kurangnya empat bulan.

Apa Kesan Positif Yang Akan Dirasakan Apabila Kita Berhenti Mengambil Gula Putih?

1. Meningkatkan tenaga. Ramai yang beranggapan apabila kita letih dan tidak bertenaga, jika perlu minuman manis.

Pengambilan gula secara berterusan akan menyebabkan tubuh tidak dapat menstabilkan tahap gula dalam tubuh. Tahap tenaga akan menjadi turun dan naik. Bila kita berhenti mengambil gula putih, tubuh akan mendapatkan bekalan tenaga yang lebih stabil.

2. Penurunan berat badan. Pengambilan gula putih yang berlebihan akan disimpan sebagai lemak di lapisan kulit dan sekitar organ utama seperti jantung dan hati. Ini yang akan menyebabkan kegemukan.

3. Tidur yang berkualiti. Tahap gula yang tinggi akan menyebabkan tubuh dirangsang untuk menghadilkan tenaga. Ini menyebabkan tubuh tidak dapat berehat dan tidur dengan baik walaupun setelah dalam mode tidur.

4. Meningkatkan sistem daya tahan. Kita memerlukan sistem daya tahan yang kuat untuk melawan kuman setiap hari. Peningkatan gula dalam tubuh menyebabkan keradangan dan ini menyebabkan sistem daya tahan menjadi lemah.

5. Kulit yang cantik. Tahap gula yang tinggi merosakkan kolagen dalam kulit dan menyebabkan kulit tidak tegang dan berkedut.

6. Emosi yang lebih stabil. Pengambilan makanan manis mungkin mengurangkan tekanan yang dirasai. Namun pengambilan gula secara berlebihan menyebabkan kemurungan, keresahan dan rasa keseorangan.

Kajian menunjukkan bahawa mengurangkan pengangambilan gula putih dapat merendahkan risiko kemurungan dan schizophrenia.

7. Kelihatan lebih muda. Mereka yang kurang mengambil gula putih akan kelihatan lebih muda berbanding dengan rakan sebaya.

8. Mengurangkan risiko serangan sakit jantung. Mereka yang mengambil makanan dan minuman yg mempunyai indek glisemik yang tinggi dikaitkan dengan masalah sakit jantung.

9. Melindungi keradangan dalam organ hati. Pengambilan guka putih secara berlebihan adalah sama kesannya dengan mengambil minuman beralkohol. Dengan mengurangkan pengambilan gula, ia akan mengurangkan keradangan pada sel-sel hati dan menjadikan organ hati berfungsi dengan lebih baik.

10. Mengelakkan risiko mendapat batu karang pada ginjal. Pengambilan gula berlebihan dalam minuman meningkat risiko mendapat batu ginjal dalam ginjal sebanyak 25%.

Secara amnya dengan mengurangkan pengambilan gula putih dalam makanan dan minuman akan menyebabkan tubuh akan berfungsi dengan lebih baik. Kita bukan berasa sihat, tetapi lebih bertenaga.

********

Semoga Bermanfaat Dan Kekal Sihat Sepanjang Bulan Ramadhan Ini!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen