Mana Yang Lebih Baik Simpan Dalam Bentuk Barang Kemas Ke Atau Jongkong Emas (Goldbar)?

Kaum wanita sering dikaitkan dengan emas, namun tertumpu kepada barang kemas atau perhiasan. Siapa yang paling banyak memiliki emas, adalah mereka yang beruntung dan diibarat sebagai orang kaya-kaya. Jadi, berlumba-lumba lah mereka untuk memliki gelang emas sehingga ke siku.

Image result for barang kemas

Akan tetapi ia bertujuan untuk perhiasan semata-mata kerana mahu menunjuk pada jiran sebelah, namun sebenarnya kurang mengetahui bahawa menyimpan jongkong emas lebih menguntungkan seperti perkongsian dari Puan Marlia Ramli ini…

********

Jika bagi tujuan nak pakai emas, silakan sahaja. Apa salahnya nak melawa pakai emas supaya nampak awet muda.

Namun...

Emas perhiasan (barang kemas atau emas pakai) bukanlah idea yang baik untuk tujuan simpanan atau pelaburan jangka panjang jika dibandingkan dengan gold bar dan dinar emas kerana :

  • Dari segi harga, emas perhiasan adalah lebih mahal hingga 20% kerana kos pembuatannya.
  • Selain itu bagi setiap gram, dinar dan gold bar adalah lebih murah RM10 hingga RM15 (jika Public Gold) berbanding harga emas di pasaran.
  • Spread atau susut nilai emas perhiasan lebih tinggi dan menyebabkan kerugian kepada pemilik kerana mencecah hingga 25% malah hingga 30%.
  • Sebagai pelabur rojak, akak melihat kerugian menyimpan emas perhiasan adalah berganda-ganda berbanding emas dinar dan gold bar.

Image result for jongkong emas
Kredit: JutawanEmas

Antara Kerugian Lain Menyimpan Emas Perhiasan :

Kerugian pertama: rugi sebab susut nilai a.k.a spread yang tinggi adakalanya mencecah hingga 25%

Kerugian kedua: rugi dari segi berat gram berkurangan bila ditukar kepada emas pakai (emas perhiasan) lain.

Kerugian ketiga: rugi dari segi pembeli perlu tambah wang bila emas perhiasan ditukar dengan emas perhiasan lain

Kerugian keempat: long term pun ambil masa dan tak tau bila boleh cover jumlah tu.

Kerugian kelima: rugi bayar harga emas dan kos upah. emas perhiasan ada kos upah sekitar 8%-10% berbanding dinar atau gold bar yang harganya adalah berdasarkan beratnya.

nota tambahan : elakkan membeli emas putih kerana spread (susut nilai) emas putih boleh mencecah hingga melebihi 50%.

Simpanlah emas berketulenan tinggi 999 tanpa campuran logam dan spread yang rendah. Yang takut scam tu, kajilah dulu mengenai Public Gold ya... Dengan ilmu kita akan tahu pentingnya memiliki emas sebagai insuran kekayaan. (baca : takaful)

Salam sayang

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen