Suami Perlu Lebih Prihatin Apabila Selepas Isteri Bersalin, Berikan Mereka Waktu Rehat Untuk Proses Penyembuhan Yang Lancar.

Semasa mengandungkan anak sepanjang 9 bulan 2 minggu juga sudah penuh dengan penat lelah. Inikan pula bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat itu, pasti ia satu keletihan yang tidak dapat digambarkan. Menahan rasa sakit, lapar dan mengantuk bersalin pasti satu perkara yang tidak dapat ibu-ibu lupakan.

Dengan keletihan sebegitu rupa, keprihatinan suami sangat digalakkan dan dihargai. Ini kerana, bantuan yang dihulurkan itu walaupun kelihatan begitu mudah dan ringan ia dapat mengelakkan daripada berlakunya insiden yang buruk.

Menurut Dr. Nik Salida Suhaila Nik Salleh, pensyarah & pendakwah, beliau berpendapat bahawa wanita atau isteri dalam tempoh selepas bersalin wajar untuk diberikan bantuan dan perhatian.

Ini perkongsian beliau.



Saya fikir amalan 'berpantang' selepas bersalin perlu dijenamakan semula agar lebih bersifat mesra Syariat dan mengikut fitrah insaniah yang tepat.

Wanita bersalin bukan sekadar perlu diperingatkan agar melangkah perlahan, tidak boleh membaca, makan dan minum sekadarnya, memakai stokin sepanjang masa, mengikat tocang ketat-ketat, berpilis di dahi, mesti berurut, bertungku dan berdian dan mandi dengan dedaunan wangi. Ini untuk sihat tubuh badan (mungkin) dan supaya kembali cantik (?).

Yang wanita bersalin mahu ialah perkongsian tanggungjawab dan bantuan menguruskan diri, anak-anak serta bayi yang baru lahir. Seluruh tubuh yang sakit tidak memungkin mereka berjalan ke hulu dan ke hilir, membongkok dan mengiring melakukan rutin harian, walaupun yang mudah...apatah lagi mengejar anak yang lasak.




Badan yang masih lemah amat perlukan rehat yang panjang. Ibadah khusus pun Allah rehatkan, ada yang sehingga 60 hari. Bagaimana pula mereka dibiarkan memasak untuk makan sendiri? Apatah lagi menjaga 2-3 anak kecil serentak sewaktu badan masih belum mampu berdiri dan memasak untuk suami pula? Kadangkala mereka jugalah yang berkejar ke jemuran bila guruh berdentum atau renyai mula merintik.

Bila melakukan semua urusan rumahtangga, mereka ditegur pula kerana tidak prihatin terhadap tubuh sendiri yang perlukan rehat. Bila minum terlebih kerana haus dan kepenatan mereka disindir pula nanti perut buncit menggelebeh. Bila bayi disuakan botol susu, mereka diperli malas menyusui bayi sendiri sedangkan si ibu jugalah yang menyempurnakan urusan rumahtangga dan kurang masa yang ada untuk proses penyusuan.



Justeru, yang wanita bersalin mahu ialah waktu rehat untuk proses penyembuhan yang lancar, bantuan ahli keluarga untuk meringankan rutin harian kerana mereka belum dapat mengurus sepenuhnya dan yang penting juga, agar mereka tidak terlalu tertekan dengan situasi SAKIT, SUSAH, KELIRU, MENGANTUK, PENAT dan LAPAR.

Al-Faatihah buat bayi-bayi syurga yang dibunuh bonda mereka. Maafkan ibu kalian. Kalau mereka dihormati, pasti mereka lebih menyayangi.

Anda masih keseorangan?

963,530 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen