Bakal Suami Ikat Perut Demi Nak Halalkan Kekasih Hati, Tapi Duit Habis Dalam Sehari Sahaja. Ikuti Nasihat Dari Azizul Azli Ahmad Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang kata majlis kahwin ini sekali sahaja seumur hidup, jadi tidak seronoklah kalau hanya lakukan kecil-kecilan sahaja. Bukan itu sahaja, ada yang kata juga ini adalah kenangan yang akan dibawa hingga ke hari tua, kalau buat kecil-kecil sahaja nanti dah tua-tua teringin nak naik pelamin pula. Aishh, macam-macam lah kalau ikutkan orang kata.

Kalau ikutkan orang kata memang tidak terkejar apa kemahuan mereka, tetapi apa yang kita mahukan? Kebahagiaan sehari sahaja ataupun kebahagiaan selepas hari tersebut?



Sudah tentu mahukan kebahagiaan selepas berkahwin bukan? Mana tidaknya pada ketika itu lagi banyak perlu guna duit sekaligus perlu membina masa depan yang panjang bersama pasangan. Bahagia dalam rumahtangga ini bukan hanya untuk sehari di atas pelamin sahaja tetapi kehidupan bersama-sama selepas sah menjadi suami isteri.

Sebab itulah buat anak-anak dara, kasihan bakal suami anda.

"Setahun saya simpan duit, ikat perut sebab nak kahwin dengan awak sebab awaklah Baby Sayang saya satunya".

Cuba kita berlapang dada terima nasihat daripada Azizul Azli Ahmad ini, pasti banyak kelebihan disebaliknya.



1. Lelaki bila dah sayang akan berusaha dengan sesungguhnya, hargai mereka dengan baik. Kita tak nampak mereka tunggu bawah jambatan bila hujan lebat melanda.

2. Bab duit kahwin bincang baik baik dan jangan sampai masam muka. Elakkan hantaran yang susut nilainya.

3. Buat ibubapa, duit hantaran sebaiknya jangan habiskan buat kenduri kendara. banyak makanan membazir hingga buang begitu sahaja selesai majlis.

4. Sebagai ayah, kita harus rasa bersyukur, anak kita dipinang orang. Raikan secara sederhana dengan simpanan kita bukan duit menantu kita.

Jemput kawan pejabat, geng surau dan jiran tetangga sahaja. Reunion sekolah itu tidak perlu, geng konvoi pegi Krabi, Pataya jemput buat apa.


5. Jadikan duit hantaran juga sebagai hadiah buat anak menantu memulakan kehidupan baru mereka. Deposit rumah sahaja dah dekat RM3000 sahaja.

6. Hantaran ini tiada dalam agama kita, yang ada mas kahwin yang sederhana sahaja.

7. Jangan buat kenduri sampai berhutang dan habis semua simpanan yang kita ada, itu bukan ajaran dalam agama.

8. Kehidupan selepas kahwin lebih penting dari majlis perkahwinan itu sebenarnya. raikan sekadarnya sahaja.

9. Janganlah majlis kahwin buat di bunglow, lepas kahwin kita menumpang rumah mertua dan masih hidup menyewa.

Bagi gegadis, peluklah ibubapa dan cakaplah "Mudahkanlah urusan perkahwinan saya dengan acara sederhana bonda". Moga Ramadan ini hati mereka terbuka.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen