5 Makanan Sihat Untuk Diet Buat Bakal Pengantin.

Oleh: Rafi

Makan dengan cara yang sihat dan teratur membantu anda untuk tidak lari daripada zon diet tersebut. Makanlah dengan kadar yang betul supaya impian anda untuk tampil langsing pasti menjadi kenyataan tambah pula hari bahagia bakal tiba. Kami bawakan 5 jenis makanan yang akan membantu anda langsing dan sihat.



1. Tauhu.

Soya merupakan salah satu bahan utama yang digunakan dalam tauhu. Tauhu hanya mengandungi kira-kira 50 kalori sahaja dalam setiap tiga auns. Jadi, tauhu sangat sesuai dijadikan snek sihat anda. Apa kata anda cuba jadikan tauhu sebagai ramuan utama dalam masakan seperti dimasak sup ataupun dibakar.

2. Jus lemon atau limau nipis.

Secara psikologinya, haruman sitrus lemon atau limau nipis akan membuatkan anda terasa lebih segar untuk menikmati makanan yang lebih segar dan berkhasiat. Minum jus lemon atau limau nipis suam selepas makan mampu membantu anda membuang lemak di bahagian perut. Pasti perut yang buncit dan menggeleber kelihatan nipis pada hari persandingan nanti.



3. Teh herba.

Mampu menenangkan minda, malah boleh membantu anda tampil langsing pada hari persandingan. Secawan teh herba pada waktu minum petang boleh meredakan ketegangan dan dapat membantu menghidarkan diri anda daripada mengambil makanan yang banyak. Lebih-lebih lagi jika anda gemar makan ketika menghadapi ketegangan.

4. Lobak merah.

Bukan sahaja boleh menyihatkan mata tapi boleh dijadikan pilihan untuk membantu diet anda. Lobak merah mengandungi kalori yang sangat rendah kerana ia kaya dengan serat dan ini elok untuk penghadaman anda.

5. Keledek

Sebiji keledek yang bersaiz sederhana mengandungi kira-kira 115 kalori sahaja. Namun, jika anda mahu jadikannya sebagai masakan, keledek ini harus dibakar atau dipanggang dan bukan digoreng. Jika digoreng, keledek akan menyerap minyak dengan banyak.



Ekstra:

Tiada masalah dengan mengambil mana-mana makanan suplemen atau makanan tambahan TAPI jangan bergantung kepada produk-produk tersebut untuk menjadi pembela kesihatan anda. Pastikan diet keseluruhan dah baik, kehidupan yang cergas (tak semestinya bersenam) dan gabungkan dengan makanan tambahan. Barulah berkesan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen