7 Sebab Anda Perlu Cukup Protein Dan Juga Sayur Pada Bulan Puasa Ini.

Apabila makanan yang tidak sihat sudah menjadi makanan kebiasaan pada rutian harian anda, secara tidak langsung akan membuat tubuh badan kurang tenaga dan lesu. Malah anda juga sukar untuk mengawal pemakanan ketika di bulan puasa (Ramadhan) juga.

Badan lesu dan letih ketika bulan Ramadhan, berkemungkinan besar anda berbuka puasa atau sahur dengan makanan yang kurang nutrisi. Jom lihat perkongsian daripada Dr Rizal, kenapa anda perlu cukup protein dan sayur-sayuran ketika berpuasa?

********

PROTEIN.

Related image
Kredit: ActiveTimes

Protein amat penting untuk tubuh badan anda dan perlu konsum setiap hari. Sumber protein yang terbaik dalam tumbuh-tumbuhan. Protein amat penting untuk tubuh badan kerana…

1. Kita mempunyai tenaga untuk bergerak dan berfikir.

2. Ia memberi sokongan kepada struktur sel.

3. Ia memberi peranan transport kepada molekul di dalam sel serta ke seluruh tubuh.

4. Ia bertindak sebagai messenger dan menghantar signal kepada sel dan tisu.

5. Ia sebahagian dari sistem imun dan bertindak sebagai antibody dimana ia bertindak menyerang penceroboh yang cuba ceroboh sistem dalam tubuh.

6. Ia berperanan sebagai enzim. Penting sebagai catalyst kepada tindakbalas ribuan kimia di dalam sel.

7. Protein mengeluarkan tenaga untuk keperluan tubuh.

Ringkasnya kita perlu mengambil protein setiap hari. Jika kekurangan protein, ia akan beri impak buruk pada kesihatan. Kekurangan protein akan menyebabkan;

  • Hilang otot.
  • Letih.
  • Perkembangan terbantut.
  • Lemah sistem imun.

SAYUR.

No photo description available.

Buka puasa ni makan sayur ye. Cari sayur yang kita dapat telan dengan bangganya. Beli dan masak dengan suci hati.

Kenapa sayur ni penting?

Hasil kajian ke atas 18,000 orang. Apabila mereka makan sayur atau lakukan senaman, 21% prestasi memori meningkat. Apabila keduanya dilakukan 45% prestasi memori meningkat. Apabila tiga aktiviti sihat dilakukan, prestasi memori naik sebanyak 75%.

Contoh aktiviti sihat ialah berkebun dan baca buku.

Lagi banyak aktiviti mesra kesihatan dilakukan lagi POWER memori. Lebih lebih lagi bila berpuasa. Sebabnya berpuasa tumbuhkan sel otak di hippocampus - pusat memori.

Begitu juga sebaliknya. Lagi banyak aktiviti sabotaj memori dilakukan lebih merudum prestasinya.

Kalau melanda bazaar ramadan beli dan makan makanan atau ambil minuman tinggi gula, prestasi memori merudum. Sebabnya?

Gula putih atau yang sama waktu dengannya mati dan lemahkan sel otak di hippocampus. Minuman berkultur, jus dalam botol atau kotak adalah antara penyebabnya.

Soalnya mahu pilih yang mana? Naikan prestasi memori atau turunkan?

********

Semoga Bermanfaat Dan Kekal Sihat Pada Bulan Ramadhan!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen