Baik Suami Mahupun Isteri, Jangan Malu Nak Bermanja Depan Anak-Anak. Ini Panduan Tingkatkan Sifat Romantis Anda

Oleh: Zuzu Yasmine

Pada awal perkahwinan mungkin semua perkara kelihatan begitu manis sekali. Ke mana isteri mahu pergi pasti suami akan sentiasa menemani di sisi. Itu belum lagi jika hendak berjalan-jalan pasti tangan isteri itu akan dipegang dengan penuh erat dan kasih sayang.

Tidak hanya itu, ketika usia perkahwinan masih baru jugalah boleh lihat pasangan kita ini penuh dengan kejutan. Setiap hari ada sahaja perkara yang akan membuat anda tersenyum. Tidak cukup menghantar ayat menyatakan rindu, si suami ini hantar pula sejambak bunga ros agar hati si isteri semekar bunga ros yang merah itu.

Dia punya sweet masa baru-baru kahwin memang boleh buat potong kaki.



Tapi bila usia perkahwinan makin sudah lama, sudah ada anak pula. Sudah lain benar lihat pasangan kita ini. Yang isteri sudah tidak ada senyuman yang melerat, nak bercakap manja-manja pun sudah tiada. Si suami pula, dah tak ada pegang tangan ketika berjalan-jalan, hanya biarkan sahaja isteri terkapai-kapai sendirian. Orang kata sudah tidak romantik seperti baru-baru kahwin dahulu.

Macam mana perkara sebegini boleh jadi? Salah isteri ke salah si suami? Ataupun salah kedua-duanya?

Jangan risau, itu adalah perkara yang biasa berlaku dalam alam rumahtangga. Semua hubungan ada pasang surutnya, cuma yang membezakan adalah bagaimana kalian mengendalikan hubungan yang semakin surut itu. Itu lagi penting.

Buat suami isteri yang sudah hilang romantisnya dalam hubungan suami isteri, mungkin kalian boleh sama-sama cuba lakukan perkara ini.

• Sentiasa rasakan usia perkahwinan bukan penghalang, kekal bercakap dengan nada lembut dan rajin bertanyakan masalah dihadapi pasangan.

• Kekal berpegangan tangan ketika keluar rumah atau setidak-tidaknya jalan bergandingan. Jangan berjalan sendirian iaitu suami di depan manakala isteri di belakang bersama anak-anak.

• Raikan setiap tarikh istimewa seperti tarikh ulang tahun perkahwinan dan hari lahir diri, pasangan serta anak-anak.

• Cuba cari masa berdua dengan keluar makan bersama tanpa anak. Jika susah, cukuplah makan berdua di rumah ketika anak sudah tidur atau anak ke sekolah.

• Jika mempunyai lebih bajet boleh pergi melancong berdua-duaan walaupun cuma di dalam negara.

• Sentiasa rasakan pasangan kita adalah yang terbaik dan usah fikirkan kekurangan yang mereka ada. Ini kerana tiada manusia yang sempurna. Kita juga ada kekurangan tersendiri yang mungkin sampai sekarang belum mampu diperbaiki.

• Boleh belikan hadiah mengikut kesukaan atau yang diperlukan pasangan.

• Jadilah insan yang pemurah dengan pujian. Jangan jadi isteri atau suami yang suka mengungkit peristiwa lama yang boleh menimbulkan pergaduhan.

• Elakkan menyentuh isu atau perkara yang tidak disukai pasangan.

• Jika mahu menegur pasangan, mulakan dengan pujian dan tegurlah secara lembut menggunakan perkataan yang baik.

• Duduk di sebelah pasangan ketika dia makan walaupun anda sudah kenyang. Menemaninya ketika makan memberi anda peluang untuk berbual-bual.

Isteri jangan malu nak ajak suami lakukan perkara romantis ini. Si suami pula, jangan malu nak lakukan perkara yang romantis di depan anak-anak. Mereka lagi suka jika lihat ibu ayah mereka saling menyayangi.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen