Tak Salah Pun Bila Dah Bergelar Suami Orang Kau Jadi Sombong.

Oleh: Zuzu Yasmine

Hidup dalam alam rumahtangga ini jangan terlalu peramah sangat. Apabila anda menjdai seorang yang peramah nanti anda sendiri yang rugi. Mana tidaknya, anda akan kehilangan orang yang sayang dan cintakan anda. Bukan itu sahaja, anda juga mungkin akan kehilangan orang yang sanggup menerima kekurangan anda.

Kalau anda merasakan bahawa rakan-rakan anda akan berada ketika anda susah dan senang, anda silap! Takut-takut mereka itu yang lari dahulu apabila anda dalam kesusahan. Berlainan dengan pasangan yang setia menunggu di rumah itu. Segala susah senang pasti sanggup diharungi bersama-sama.

Tidak salah untuk berkawan, tetapi kenalah tahu batasnya. Terutama jika anda bergaul dengan mereka yang berlainan jantina. Jangan kerana sikap pentingkan diri kita itu, kita kehilangan insan yang sayang kita. Macam Najmi Nawawi ini kongsi, bila dah jadi suami kau kena 'sombong'.

Mari kita sama-sama hadam pandangan darinya.



Kau kena tahu 'limit' kau, dan kau kena tahu yang kau sudah mempunyai isteri. Hidup zaman bujang dan hidup selepas kahwin jangan disamakan. Kawan dekat tempat kerja cukup sekadar kawan, dan bercakap sekadar apa yang perlu.

Jika hidup di zaman bujang dulu kita boleh 'haha', 'hihi' dan 'huhu' sana sini, takkanlah selepas kahwin pun kau mahu teruskan benda yang sama. Lebih-lebih lagi dengan kawan-kawan perempuan kau. Kau kena ingat juga isteri yang sanggup bertahan segala 'busuk' kau dekat rumah.

Dengan isteri dekat rumah, suka untuk bergaduh, tetapi kawan-kawan diangkat jadi dewa, dipuji dan disanjung. Bermasam muka dengan pasangan, namun boleh tersenyum lebar berjam-jam dengan kawan-kawan.

Ini tidak adil. Jangan kita terlalu utamakan kawan-kawan sehingga lupa pada pasangan. Ini ialah perkara yang tidak patut berlaku. 'Sense of judgment' yang sudah tersasar.

p/s : Jangan risau, kawan-kawan kau tidak akan cakap kau 'sombong' tetapi mereka akan 'respect' kau sebab kau matang dan tahu mana prioriti.

Lagipun apa kau kisah. Kita hidup bukan dibawah kata-kata dan prasangka orang lain. Kita lebih tinggi dari itu, takkan begitu mudah kita kalah dengan persepsi orang lain.

Anda masih keseorangan?

1,103,854 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen