Antara Amalan Untuk Mendapatkan Doa Dari Rasulullah SAW Oleh Dr Ahmad Sanusi.

Sebagai Muslim, kita pasti berkejar-kejar untuk berebut pahala dan antaranya untuk mendapatkan doa dari Rasulullah SAW. Doa dari Baginda berkemungkinan besar akan menolong kita di dunia mahupun di akhirat kelak.

Jadi untuk mendapatkan doa daripada baginda, ikuti perkongsian daripada Dr Ahmad Sanusi ini..

********

Bagaimana Mendapat Doa Dari Rasulullah?

1. Setiap kita barangkali rindu untuk mendapat doa dari Rasulullah. Di sini disenaraikan beberapa hadith yang menjelaskan tentang beberapa orang yang menerima doa dari Rasulullah:

2. Pertama; lakukan solat sunat empat rakaat sebelum Asar kerana Rasulullah mendoakan rahmat terhadap mereka. Sabda Rasulullah:

رحِم اللهُ امرأً صلَّى قبْلَ العصرِ أربعًا

“Mudah-mudahan Allah merahmati seorang lelaki yang menunaikan solat sunat sebelum Asar empat rakaat.” (HR al-Tirmizi).

3. Kedua, bacalah doa mendengar Azan. Setelah selesai dengar azan, adalah sangat digalakkan kita membaca doa selesai azan. Ini kerana doa mereka yang membacanya akan mendapat doa syafaat dari Rasulullah.

Sabda Rasulullah:

مَن قال حِينَ يَسمعُ النِّداءَ: اللهمَّ ربَّ هذه الدعوةِ التامَّةِ، والصَّلاةِ القائمةِ، آتِ محمدًا الوسيلةَ والفضيلةَ، وابعثْه مقامًا محمودًا الذي وعدتَه؛ حلَّتْ له شَفاعتي يومَ القيامةِ

“Barangsiapa yang membaca doa (doa azan) setelah mendengar azan iaitu:

اللهمَّ ربَّ هذه الدعوةِ التامَّةِ، والصَّلاةِ القائمةِ، آتِ محمدًا الوسيلةَ والفضيلةَ، وابعثْه مقامًا محمودًا الذي وعدتَه

Maka (mereka yang membaca doa ini) akan mendapat syafaat aku. (HR Muslim).

4. Bertugas sebagai Imam dan Bilal juga akan menerima doa dari Rasulullah. Rasululah pernah mendoakan terhadap dua golongan ini.

Sabda Rasulullah:

الْإِمَامُ ضَامِنٌ ، وَالْمُؤَذِّنُ مُؤْتَمَنٌ ، اللَّهُمَّ أَرْشِدْ الْأَئِمَّةَ ، وَاغْفِرْ لِلْمُؤَذِّنِينَ

“Imam itu adalah penjamin, manakala Bilal itu adalah mereka yang dijamin. Ya Allah, berikanlah petunjuk kepada para Imam dan berikanlah keampunan kepada para Bilal.” (HR Abu Daud).

5. Mengejutkan suami atau isteri supaya bangun qiamullail. Rasulullah pernah mendoakan buat suami atau isteri yang mengejutkan pasangan mereka untuk bangun qiamullail.

Sabda Rasulullah:

رحمَ اللَّهُ رجلًا قامَ منَ اللَّيلِ فصلَّى، ثمَّ أيقظَ امرأتَهُ فصلَّت

“Allah merahmati buat suami (dalam lafaz seterusnya isteri) yang bangun qiamullain dan kemudian dia mengejutkan isteri (atau suami) sehingga mereka berdua mendirikan qiamullail. (HR Abu Daud)

Moga Allah merahmati kita semua.

Image may contain: text

********

Semoga Dimanfaatkan!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen