Kenapa Ujian Itu Tanda Perhatian Allah Kepada Kita? Jom Baca!

Dikala kita diberi ujian dari-Nya, pasti terdetik dalam hati kita, kenapa kita diuji dengan ujian sebegini rupa? Adakah Allah tidak sayang kepada kita? Kalau sayang kenapa diturunkan ujian yang berat sebagai rintangan?

Sudah lumrah, sebagai manusia yang hina dan sering melakukan dosa pasti mempunyai pelbagai soalan di minda. Disinilah terletaknya akidah kita. Setiap ujian yang diuji adalah perhatian Allah SWT kepada kita. Antara sebabnya adalah Allah mahu ampunkan dosa dan mengangkat darjat kita seperti yang dikongsikan oleh saudara Firdaus Mokhtar ini…

Image may contain: 1 person, smiling, eyeglasses

********

Biasalah ujian itu buat kita kadang-kadang salah sangka dengan Tuhan. Kita rasa Tuhan tak suka dengan kita. Maka kita diuji.

Padahal sebenarnya bukan begitu. Ujian yang datang itu tanda masih ada perhatian Allah buat kita.

Kenapa ujian itu tanda perhatian Allah? Ada sebabnya;

ALLAH MAHU AMPUNKAN DOSA-DOSA KITA.

Iya, kita ini hidup dengan banyaknya dosa. Dosa dengan Tuhan, dosa dengan ibu bapa, dosa dengan suami, dosa dengan isteri, dosa dengan anak-anak.

Belum sebut jiran, kawan, adik beradik, pejalan kaki dan ramai lagi.

Jadi, untuk ampunkan semua itu Allah hadirkan ujian. Kita sabar dan lepasi ujian itu, Allah akan ampunkan dosa kita.

Namun dah tentu dosa dengan manusia lain kita kena minta maaf dengan mereka.

ALLAH MAHU MENGANGKAT DARJAT KITA.

Ini peluang untuk dekat dengan Tuhan. Biasakan kalau kita dalam ujian, waktu itulah kita banyak ibadah?

Waktu diujilah solat malam kita tak tinggal. Waktu ujian lah kita bahkan tak putus-putus memanggil Allah.

Buat apa sahaja terasa diri hamba yang tak mampu. Terus sahaja rasa Allah itu yang memberikan semuanya.

Ini akan meningkatkan darjat kita. Nampak?

Ingatlah selalu Nabi kita juga selalu diuji. Daripada kecil sampai ke umur wafatnya. Kerana apa?

Kerana Allah sungguh-sungguh ingin rapat dengan baginda.

Maka, jika hari ini kita diuji dengan rumahtangga, bertahanlah. Serahkan hati kita buat Tuhan dulu. Supaya kita rapat dan dekat dengan Dia.

Pasti nanti Allah akan angkat semula ujian tadi dan ganti dengan ketenangan buat kalian.

Percayalah.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen