Suami Seorang Workholic, Ini Cara Jadi Isteri Ideal Buat Mereka.

Oleh: Zuzu Yasmine

Pasangan anda lebih sibuk berkerja? Kurang mempunyai masa bersama anda mahupun anak-anak? Pasti anda merasa kesepian dan mengharapkan perhatian daripada pasangan anda bukan?

Jangan cepat melenting atau merasaka bahawa pasangan anda tidak begitu serius terhadap hal-hal rumahtangga, ini kerana kesibukkan kerja mereka ini adalah kerana mahu memberi kesenangan buat anda sekeluarga.

Tidak salah sekiranya suami anda ini sibuk dengan kerjanya, apa yang penting hatinya masih ada bersama anda sekligus tidak lupa akan tanggungjawab sebagai seorang suami serta bapa.

Buat anda yang memiliki pasangan sebegini, jangan merasa kesal atau sedih kerana tidak dapatkan perhatian darinya. Adalah lebih baik jika anda membantu untuk mengurangkan tekanan suami anda itu.



Berikuta adalah cara-cara mengurangkan tekanan pasangan anda.

1. Jangan biarkan rasa cemburu atau marah menguasai anda.

Walaupun perkara sebegini aka nada sedikit sebanyak pun, tetapi jangan biarkan ia menguasai diri anda. cuba untuk memikirka kebaikan yang anda perolehi apabila suami anda begitu sibuk berkerja. Jika anda menunjukkan sikap tidak menyenangkan pada pasangan anda sebagai satu bentuk protes pada dirinya, ia akan membuatnya berasa tidak selesa dan memilih untuk berkerja dengan lebih kuat lagi untuk mengelak dari anda. Dia akan beralih kepada perkara-perkara yang lebih positif dan menyenangkan dirinya berbanding perkara yang memeningkan kepalanya.

2. Minta dirinya untuk menyusuan jadual khas untuk masa bersama anak-anak.

Tidak kira betapa sibuknya dia bekerja, dia perlu memberi ruang dan menyumbangkan sedikit waktu buat keluarga mereka. Sebagai contoh, minta untuk dirinya meluangkan masa bersama anak-anak dalam melakukan kerja-kerja rumah ataupun meluangkan masa bersama-sama di taman bersama anak-anak.

Dengan cara ini, mereka berdua akan lebih rapat walaupun masa yang terluang itu hanya pada hujung minggu sahaja.

3. Kadang kala meminta masa untuk kalian berbincang.

Walaupun anda tidak mahu mengganggu masanya berehat di rumah kerana Cuma sekejap sahaja. Tetapi jangan lepaskan peluang ini untuk berbincang dengan pasangan anda dan timbulkan kemesraan bersama. Tersangat memadai walaupun sekadar 10 hingga 15 minit sahaja.

4. Sediakan satu hari untuk suami anda luangkan masa bersama keluarga.

Jangan buat apa-apa rancangan apabila masuk hujung minggu ini bersama rakan-rakan anda. Bahkan jangan hanya berseronok seorang diri bersama anak-anak tanpa ayah mereka. Cuba untuk buat suami anda turut serta dalam setiap perancangan anda pada hujung minggu. Jadikan hari hujung minggu adalah hari bersama keluarga.

5. Selalu ingatkan hari penting keluarga anda.

Apabila tiba hari penting anak dan kalian berdua, jangan lupa untuk memperingatkan suami anda mengenai hal tersebut. Perkara sebegini juga akan memberi peluang buat suami anda untuk meraikan bersama dengan anak-anak nanti. Jangan pula anda mengharapkan dirinya untuk mengingatinya sendiri.

6. Selalu beri sokongan yang terbaik buat suami anda.

Bagaimana pun keadaan pasangan anda, ia melakukan semua itu kerana merasakan ia tanggungjawab untuk menyenangkan anda dan anak-anak. Jadi teruskan untuk memberi sokongan dan jangan lupa untuk sentiasa mendoakannya.

7. Jangan pernah membandingkan keluarga anda dengan keluarga yang lain.

Kadang kala dengar apa yang orang kaa ini akan menyakitkan hati. Jadi biarkan apa sahaja yang mereka akan katakan mengenai keluarga anda. Asalkan suami anda tidak lupa akan tanggungjawabnya dan sentiasa menyayangi anda. Bukan itu sahaja, kadang kala kebahagiaan orang ini tidak sama. Mungkin dirinya mempunyai masa yang banyak untuk keluarga mereka tetapi mungkin mereka tidak ada kesenangan sama seperti anda. Sentiasa bersyukur dengan apa adanya dan menyokong suami anda dari belakang.

8. Jangan mengharap dia berubah seperti yang anda harapkan.

Ubahlah diri anda terlebih dahulu, tingkatkan kesabaran anda dan pastikan adakah anda ikhlas dengan apa yang sedang anda lalui ini. Jika anda berusaha untuk menjadi pasangan yang baik maka suami anda juga akan melakukan perkara yang sama.

Jika anda miliki pasangan yang sebegini, pastikan bahawa dirinya itu sentiasa mendapat sokongan dari anda. Jangan menambah apa yang bermain difikirannya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen