Hebat, Ini 5 Peranan Seorang Isteri Sepanjang Bulan Ramadhan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sangat beruntunglah mereka yang sudah berkahwin dan memiliki isteri pada bulan puasa kali ini. kalau dahulu ketika masih bujang, pasti ada sahaja diantara kalian yang akan tidak bersahur kerana tidak sedar atau malas untuk bangun dari tidur. Tidaknya hanya itu, kadang kala tidak tahu nak makan apa ketika bersahur selain memakan kurma dan meminum air. Tak seronoknya jadi lelaki bujang ini.

Apabila nak berbuka pula, badan sudah penat berkerja seharian maka nasi bungkus adalah jawapan paling mudah untuk mengenyangkan perut apabila tiba waktu berbuka nanti. Tapi kan seronok kalau ada isteri yang masakkan. Haaa, seronok ye kalau sudah ada isteri ini.

Ramai yang memandang remeh akan tugas seorang isteri dan kepentingan wanita di dalam bulan puasa ini. Nak tahu betapa pentingnya isteri-isteri dalam bulan puasa ini, jom baca ini.



1. Memasak untuk iftar dan sahur.

Perkara ini sememangnya adalah perkara wajib yang akan dilakukan oleh isteri-isteri anda semua. Menjadi tugas mereka untuk memastikan bahawa perut anda perlu terisi walaupun bukan pada bulan puasa. Jadi suami-suami tidak perlu fikir nak makan apa sahur nanti atau waktu berbuka. Ini kerana, isteri-isteri pastikan akan menyedikan hidangan yang lazat buat anda. Tak payah pening-pening nak pergi bazar Ramadhan, isteri anda akan penuhi segala selera dan keinginan anda.

2. Membantu anda berjimat cermat ketika bulan puasa.

Kalau anda perasaan bahawa pada bulan puasa ini, perbelanjaan akan lebih besar berbanding bulan biasa. Seperti yang kita tahu bahawa apabila tiba sahaja bulan ini, maka pelbagai promosi dan pelbagai jenis juadah yang sememangnya akan membuat anda tertarik. Kalau anda tidak bijak untuk menguruskan kewangan anda, pasti banyak pembaziran yang dilakukan. Disinilah pentingnya seorang isteri, di mana mereka ini akan membantu anda menguruskan kewangan dengan lebih bijak dan berdisiplin.

3. Menguruskan rumah.

Biasanya orang lelaki ini apabila pulang kerja pasti akan cari tilam dahulu, berlainan dengan kaum wanita ini. Mereka ini pasti akan menguruskan dan mengemas agar kelihatan teratur walaupun tubuh badan mereka dalam keadaan letih. Jadi apabila suami pulang, suami akan lebih rasa tenang sahaja. Lihat, isteri sangat membantu anda mengurangkan beban yang ada.

4. Bijak mengeratkan hubungan silaturrahim.

Haa, ini juga sangat menguntungkan anda. Mana tidaknya hubungan baik sesama jiran ini kadang kala sangat membantu anda dalam menambah pelbagai jenis juadah ketika berbuka puasa. Sebagai contoh, isteri anda menghantar makanan kepada jiran kalian pasti kalian akan mendapat pulangan makanan semula. Ini salah satu perkara yang akan membantu anda sekeluarga berjimat ketika bulan puasa.

5. Memberi ketenangan di dalam rumah.

Perempuan biasanya memiliki jiwa keibuan yang akan memberi ketenangan serta kebaikan kepada orang sekelilingnya. Bermula dengan hal-hal yang sederhana seperti lakukan ibadah bersama-sama serta saling mengingati amalan yang baik sepanjang bulan puasa ini pasti membuat rumah dan hati kalian terasa damai dan meyenangkan.

Buat anda yang masih bujang itu, tak akan puasa tahun depan masih nak berpuasa bersendirian. Banyak untungnya kalau ada isteri ini.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen