5 Tanda Anda Dilamun Cinta.

Oleh: Rafi

Ada beberapa tanda yang membuktikan bahawa anda sedang dilamun cinta. Melalui perbuatan atau perasaan, boleh kita tentukan sama ada kita bercinta atau tidak. Namun walau bagaimanapun perasaannya, janganlah bertepuk sebelah tangan. Biarlah salam cinta itu disambut supaya tiada yang kecewa kemudian hari.



1. Selalu teringat akan si dia.

Manusia diciptakan dengan adanya fikiran dan minda. Justeru apa-apa sahaja yang kerap bermain di fikiran akan menjadikan kita selalu teringat. Begitu jugalah apabila kita mulai menyukai seseorang. Sudah tentu kita akan selalu teringat kepadanya.

2. Selesa apabila berbual dengannya.

Perasaan suka akan membuatkan kita rasa selesa apabila berbual dengan seseorang. Emosi suka itu menjadikan kita lebih mudah menerima. Andai anda mahu tahu sama ada anda mulai cinta pada seseorang ialah apabila anda selesa berbual dengan seseorang itu walaupun si dia bercakap tentang sesuatu perkara yang anda tidak minat.



3. Mula menyebut namanya dalam doa.

Cinta yang suci membawa seseorang itu ke arah yang lebih baik. Justeru dalam solat pastinya nama si dia akan turut meniti di bibir sambil kita mendoakan dia supaya mendapat kebaikan.

4. Mula memikirkan masa depan bersamanya.

Cinta bukan sekadar untuk bersuka-suka. Cinta kerana ALLAH sudah pastinya mahu diakhiri dengan pernikahan. Apabila anda jatuh cinta, anda akan mulai memikirkan masa depan dengannya. Ingin menjadi pasangannya dan membina kehidupan sebagai suami isteri.

5.Wujud rasa rindu jika berjauhan.

Rindu membuktikan bahawa kita memang sudah jatuh cinta. Lama tidak nampak atau tidak berhubungan melalui telefon boleh membangkit perasaan nan satu ini. Kalau sudah mulai rindu, memang sah anda sedang jatuh cinta. Lebih baik disegerakan ke langkah seterusnya supaya perasaan ini diteruskan ke alam perkahwinan. Bercinta selepas nikah lebih banyak manfaatnya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen