“Dalam Menutupi Aib Orang Lain, Jadilah Seperti Malam” Hayatilah 7 Nasihat Dari Maulana Jalaluddin Ar-Rumi Ini.

Sebagai manusia biasa, kita sememangnya perlu sentiasa mendapatkan nasihat dan kata-kata sokongan. Kata-kata nasihat yang positif adalah makanan untuk jiwa supaya sentiasa berlapang dada dalam menghadapi segala urusan duniawi.

Daripada Ustaz Iqbal Zain, beliau telah berkongsikan 7 nasihat oleh Maulana Jalaluddin Ar-Rumi yang boleh dijadikan inspirasi kehidupan.

Siapa Jalaluddin Ar-Rumi?

  • Beliau merupakan anak kepada seorang cendekiawan agama yang terkenal iaitu Baha al-Din.
  • Beliau adalah Tokoh Ilmuan dan seorang penyair dimana karya penulisannya banyak memberi kesan pada budaya dunia Islam.
  • Karya beliau banyak menyedarkan manusia dan menggalakkan mereka mengalami sendiri hidup ini tanpa mengikuti seseorang dengan tidak berfikiran panjang.

********

Beliau adalah ulama besar sekaligus penyair pada zamannya.

1. Dalam hal kedermawanan dan menolong orang, jadilah seperti sungai.

Biarkan mengalir memberi manfaat tak henti-henti dan tanpa mengharap kembali.

2. Dalam kasih sayang dan berkah, jadilah seperti matahari.

Berilah kehangatan kepada siapa saja meski tidak diucapkan terima kasih.

3. Dalam menutupi aib orang lain, jadilah seperti malam.

Tutupi semua aib dan rahsia orang rapat-rapat, tanpa pernah membocorkannya.

4. Dalam keadaan marah dan murka, jadilah seperti orang mati.

Diamlah, jangan lakukan apapun agar tidak menimbulkan kesalahan dan menyesal kemudian. Marah-marah adalah permulaan gila yang berakhir penyesalan.

5. Dalam hal kesederhanaan dan kerendah hatian, jadilah seperti bumi.

Selalu merendahkan hati seperti bumi yang menempatkan diri di bawah dan meninggikan yang lain.

6. Dalam hal toleransi, jadilah seperti laut.

Berlapang dada seluas-luasnya dan siap menampung pandangan-pandangan yang berbeza dengan tetap berpegang teguh dengan keyakinan.

7. Tampillah seperti diri sejatimu, atau jadilah seperti tampilanmu.

Jangan pura-pura... berbuatlah setulus hati kerana kebaikan perlukan keikhlasan dari hati.

********

Oleh Yang Sedemikian, Hayatilah 7 Nasihat Ini Agar Dapat Memberi Manfaat Pada Diri Kita Ketika Berpuasa!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen