Suami Sering Berasa Tidak Tenang Dalam Rumah Tangga Kerana 7 Hal Ini.

Dalam menjalani rutin harian iaitu pergi dan pulang dari kerja, makan, tidur…tetapi hati tetap merasa tidak bahagia. Malah tidak tenang walaupun kadang-kala meluangkan masa bersama isteri dan anak-anak.

Mencari rezeki daripada pagi sehingga ke malam, hati masih tercari-cari apa yang hilang?

Rumah tangga semakin pudar dan menjadi tidak berseri lagi.

Wahai suami, kenapa ini terjadi?

Jom lihat 7 punca ini…

1. Sering bergaduh dengan isteri di hadapan anak-anak.

Pergaduhan sebenarnya untuk saling mengeratkan hubungan antara suami dan isteri. Namun, jika pergaduhan kerap sangat berlaku kemudian terjadi depan anak-anak pula, tidak hairan sekiranya rumah tangga tidak tenang.

Dibiarkan anak-anak melihat pergaduhan ibu bapanya sehinggakan adegan ‘naik tangan’ pun dipertontonkan.

2. Merasakan anak adalah bebanan.

Sebagai anak kecil, pasti banyak perkara yang mereka inginkan. Sekiranya tidak ditunaikan pasti mereka akan memberontak. Secara tidak langsung, terdetik dalam hati si bapa akan merasakan anaknya adalah satu bebanan.

Dengan anggapan “Sudahlah dengan gaji yang tidak cukup, anak pula sering meminta-minta..”

3. Sering merungut.

Apabila sering bergaduh dengan isteri, kemudian menganggap isteri dan anak-anak adalah satu bebanan tidak mustahil dalam hati sendiri sentiasa merungut. Kadang-kala terluah juga dengan kata-kata apabila bersendirian.

Asyik mengeluh. Merungut. Kemudian tidak fokus ketika melakukan urusan kerja. Kena marah dengan majikan. Kemudian dilepaskan amarah kepada keluarga di rumah. Berulang kali.

4. Kedekut dengan isteri dan anak-anak.

Apabila sudah merasakan isteri dan anak-anak adalah satu bebanan, pasti suatu hari nanti si suami akan menjadi seorang yang kedekut. Tidak lagi memberi nafkah kepada isteri, dan tidak lagi memberi duit perbelanjaan rumah.

Ini terjadi kerana mengetahui si isteri juga bekerja mencari rezeki. Dibiarkan isteri berdikari berseorangan dalam membina rumah tangga.

5. Gagal kawal amarah dan emosi.

Rumah tangga menjadi tenang kerana si suami yang gagal mengawal emosi dan marah mereka. Apabila terlalu mengikut emosi, sudah pasti secara tidak langsung isteri dan anak-anak adalah tempat melepaskan marah si suami.

Terlalu mementingkan diri sendiri dan mahu si isteri sahaja yang memperbaiki kesalahan. Tapi diri sendiri masih dengan sikap buruknya.

6. Kurang sabar.

Suami yang merasakan rumah tangga tidak tenang apabila segala urusan yang dilakukan dengan kurang sabar dalam diri. Apabila sesuatu perkara tidak mencapai target yang dimahukan, mula melepaskan kemarahan dan tidak berlapang dada menerima hakikat yang sebenar.

Bila ego diri semakin meningkat, semua sikap makan diri kelak.

7. Kurang solat dan tidak bersungguh-sungguh ketika berdoa.

Sebagai ketua keluarga, sepatutnya ada perasaan malu sekiranya tidak melakukan solat. Kemudian berpura-pura solat sekiranya disoal oleh isteri. Solat itu adalah tiang agama, jika tiang ini tidak ditegakkan dalam rumah tangga mudah sahaja hubungan keluarga berantakan.

Jika solat pun ada yang tinggal, tidak mustahil sekiranya malas untuk berdoa.

Bermuhasabah Dirilah Dalam Rumah Tangga!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen