Ibu Ayah Perhatikan 5 Tanda Ini Apabila Anak Tidak dapat Tidur Yang Secukupnya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bagi orang dewasa tidur yang lambat dan kurang tidur itu adalah normal terutama jika anda seorang pelajar atau berkerja ditengah malam. Namun, perkara ini bukan satu perkara yang biasa buat anak-anak kerana ia akan mengganggu proses mereka membesar sekaligus membuat mereka hilang tumpuan.

Menurut sebuah laporan terkini dari Reuters, waktu tidur anak yang minimum adalah 12 jam semasa bayi, 11 jam bagi anak berusia 3-4 tahun, dan 10 jam bagi anak berusia 5-7 tahun. Jika kurang daripada itu, mereka dianggap tidak cukup tidur.

Kekurangan tidur pada bayi dan anak kecil boleh menjadi pelbagai punca masalah perkembangan pada kesihatan, emosi, dan perkembangan minda kanak-kanak. Jangan pandang remeh akan masalah anak suka tidur lambat ini. Pastikan mereka ini sentiasa mendapat tidur yang secukupnya agar tidak mengganggu hari mereka keesokkannya.



Buat ibu ayah yang tidak tahu bagaimana nak kenalpasti anak-anak mereka tidak memperolehi tidur yang cukup, mungkin boleh lihat 5 tanda seperti yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif.

5 Tanda Anak Kita Tak Cukup Tidur

1. Keletihan letih sepanjang hari

Tak cukup tidur ni bukan je boleh sebabkan 'Physical Fatigue' tapi boleh juga sampai menyebabkan 'Mental Fatigue'.

Kalau anak anak selalu mengadu 'penat la Mama' atau susah nak fokus buat sesuatu kerja, cuba periksa anak kita tu cukup tak jam tidurnya.

2. Sangat susah bangun pagi

Yang ni paling menyebabkan drama pagi antara mak ayah dan anak. Mak ayah nak kejar punch card tapi mata anak pulak macam kena gam. Kadangkala tu tengah mandi pun dia boleh tidur kan?

Kalau jam tidurnya cukup, percayalah cakap saya anak kita akan bangun sendiri dengan penuh senyuman! Cuba periksa apa anak kita buat sebelum tidur. Entah entah dia termenung tak boleh tidur sebab 'blue-light effect' daripada TV dan gajet kot!



3. Selalu menguap di siang hari

Tu maknanya samada anak kita keletihan ataupun anak kita punya tidur malam tu tak berkualiti ( poor quality sleep ).

Tapi kalau melebih lebih sangat menguapnya boleh je pergi periksa ke doktor. Ada banyak je penyakit ( medical conditions ) yang menyebabkan anak kita menguap melampau ni.

4. Selalu meragam tanpa sebab

Seperti yang saya pernah bagitahu sebelum ni, tidur ni adalah keperluan fisiologi paling asas dan terpenting bagi anak. Setara dengan keperluan makan dan minum!

Jadi, gunalah teknik penenang apa pun, kalau anak tak cukup tidur ni memang akan meragam. Badan dah mintak rehat, tak boleh buat apa dah.



5. Anak selalu jatuh sakit

Tidur yang tak berkualiti dan juga kurangnya tidur pada anak boleh membuatkan fungsi sistem imun anak kita tak bekerja dengan baik.

Jadi, kalau ada anak yang selalu jatuh sakit cuba tengok tengok juga kualiti tidur anak kita. Jangan jangan anak kita duk berjaga sepanjang malam masa kita tengah lena tidur atau waktu tidur anak tu tak tetap sampai jam biologi anak kita jadi pening dan terganggu!

p/s : Cuba periksa anak kita semua pagi besok. Ada tak tanda tanda ni semua? Tolong ajarkan juga ilmu ni pada pasangan kita juga. Mereka juga patut tahu tentang info penting ni.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen