Banyak Manfaat Taugeh Pada Tubuh Badan Kita, Siapa Yang Tak Suka Taugeh Tu Rugi!

Kebanyakan sayur memang memiliki khasiatnya tersendiri, dan juga mempunyai rendah kalori. Sesuai untuk mereka yang mahu amalkan diet pemakanan yang sihat. Tetapi apa yang kita tidak tahu adalah taugeh sebenarnya banyak memberi manfaat pada tubuh badan kita, dan juga boleh dimasak dengan pelbagai kaedah yang kita mahukan.

Namun, sayur taugeh ini mempunyai kurang peminat, mungkin kerana bentuknya dan juga rasanya.

Jika dimasak dengan betul, mungkin akan ubah selera kita terhadap sayur taugeh ini.

Jom lihat antara khasiat yang anda perlu tahu…

1. Mempunyai Protein yang lebih banyak.

Taugeh mempunyai dua kali ganda lebih banyak protein berbanding kandungan protein dalam daging ayam dan lembu.

2. Dapat mencegah beberapa penyakit kronik.

  • Taugeh mengandungi zat di dalamnya yang mampu melumpuhkan punca awal kanser, penyakit usus besar, sakit pankreas dan leukimia.
  • Estrogen dalam taugeh dapat membantu mencegah osteoporosis (penyakit kerapuhan tulang).

3. Taugeh baik untuk kesihatan tubuh badan wanita.

  • Wanita yang kerap makan taugeh juga mampu mengurangkan risiko kanser payudara, gangguan mentruasi, simptom pra-menopaus dan gangguan akibat menopaus.
  • Protein dan kalsium yang terkandung dalam taugeh adalah sangat penting bagi wanita kerana untuk membantu pengeluran telur (ovum) menjadi matang.

4. Taugeh mampu untuk singkirkan lemak dalam badan.

Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi digalakkan lebih banyak mengambil taugeh dalam menu harian mereka kerana ia membantu menyisihkan lemak-lemak yang tidak baik dalam badan.

5. Untuk kecantikan.

Makan taugeh ialah satu amalan awet muda kerana kaya dengan antioksidan.

6. Taugeh dapat membantu penghadaman.

Taugeh mengandungi 100 kali ganda enzim. Ia sangat penting untuk fungsi tubuh badan terutamanya untuk proses pencernaan. Enzim mampu membantu individu yang mempunyai masalah penghadaman dan perut kembung.

7. Untuk kesihatan dalaman suami dan isteri.

Dan sebenarnya manfaat taugeh yang ramai tidak tahu adalah untuk meningkatkan kesuburan organ dalaman suami dan isteri. Bagi mereka yang sukar mendapat zuriat, berkemungkinan besar tidak cuba mengamalkan pemakanan yang sihat.


Kredit: Dwi

Jadi, amalkan lah dengan sayur taugeh kerana ia mampu menghasilkan sperma yang berkualiti bagi golongan lelaki. Bagi golongan wanita pula, ia juga dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan telur atau ovum.

Nutrisi yang terkandung didalam taugeh tauge terdapat banyak vitamin dan khususnya sangat penting bagi pasangan yang ingin cepat hamil atau berusaha memiliki zuriat .

Kandungan vitamin B (asid folic) pada taugeh, iaitu vitamin yang penting untuk kesihatan darah, sangat diperlukan untuk membantu kehamilan. Kandungan vitamin E pula khususnya vitamin E-alpha adalah anti-oksidan yang dapat melindungi sel-sel telur atau sperma dari kerosakan akibat radikal bebas dan sangat baik untuk kesuburan rahim wanita.

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen