Jangan Makan Jika Daging Ayam Masih Merah Atau Ada Kesan Darah, Ia Boleh Menjadi Punca Jangkitan Penyakit.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila seharian sibuk berkerja, pasti ramai yang akan mengambil jalan pintas untuk membeli juadah bulan puasa. Mana tidaknya, kalau sudah letih kadang kala nak masak pun rasa macam malas dan tak larat. Jadi bazar Ramadhan adalah pilihan terbaik yang menyediakan pelbagai jenis hidangan makanan.


Jika anda memilih hidangan luar sebagai makanan berbuka puasa anda nanti, maka anda harus berhati-hati dalam memilih. Ini kerana, kemungkinan makanan yang tidak habis semalam akan dijual semula hari ini ataupun hidangan masih belum cukup masak.

Seperti yang disaranakan oleh Public Health Malaysia, jika anda sedang menikmati hidangan dan mendapati daging ayam masih merah dan ada kesan darah, hentikan, JANGAN MAKAN.



Ini kerana daging ayam mentah mengandungi pelbagai jenis patogen yang boleh menyebabkan jangkitan penyakit.

Dalam kes yang ringan, anda mungkin mendapat gejala sakit perut, muntah dan cirit.

Ada kes serius melibatkan kematian apabila kuman ini masuk kedalam saluran darah manusia dan merebak ke seluruh tubuh. Situasi ini dinamakan sebagai “bacteremia”.

Sekiranya anda sayang dan masih mahu makan daging tersebut, masak semula sehingga suhu daging mencecah 74’ C

Jika anda makan di restoran, jangan teragak agak untuk pulangkan menu tersebut untuk di masak dengan sempurna.

Bulan Ramadhan ini, ayam percik dan ayam panggang selalu ada masalah seperti ini. Hati hati!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen