Bila Nak Bagi Arahan Pada Suami Tolong Spesifikkan, Jangan Ingat Fikiran Lelaki Sama Dengan Wanita.

Oleh: Zuzu Yasmine

Hubungan suami isteri itu saling melengkapi antara satu sama lain. Mungkin ada perkara yang isteri mudah faham dan ada juga perkara lelaki yang mudah faham dahulu. Selalunya terjadi apabila kita tidak cakap begitu jelas dengan pasangan kita sehingga apa yang berlaku tidak seperti yang diharapkan.

Antara lelaki dan perempuan berfikir dan memahami ini tidak sama. Jadi jika anda sebagai isteri ingin meminta bantuan suami, setiap arahan perlulah lengkap dan spesifik, jelas maksud satu perstau yang ingin disampaikan. Barulah tidak timbul salah faham ataupun kurang faham.

Mari kita baca sedikit perkongisan daripada Akhi Fairuz Al-Jengkawi yang mewakili suara-suara suami-suami diluar sana.



Kadang-kadang orang perempuan ni selalu suruh kita faham dia, tapi depa selalu juga tak faham kami yang lelaki ni. Mari saya kongsikan kisah yang berlaku semalam, antara saya dan isteri.

Sebelum isteri saya keluar rumah, beliau pesan, "abang tengok-tengokkan daging kat dalam kuali tu ya. Bila air tu dah kering, tutup api ok."

Aku tak faham sebenarnya kenapa nak kena rebus daging, goreng jelah terus. Rupa-rupanya, beliau nak bagi daging tu lembut dulu. Jadi, terus aku perlahankan api. Lagipun, air menggelegak masa tu sampai keluar dari kuali.

Dipendekkan cerita, beliau pun balik dan terus ke dapur. "Abang, ni kenapa daging belah bawah ni sampai hangit? Awat tak kacau daging tu?"

Aku terus jawab, "lah, tadi sayang kata suruh tengok je. Tak cakap pun suruh kacau. Manalah abang tahu. Abang perati air kering atau tak jelah."

Ya puan-puan, jangan ingat fikiran lelaki sama macam awak ya. Apatah lagi patern lelaki tipikal macam saya ni, jenis tak pandai bab memasak.

Nak bagi arahan, tolong spesifikkan. Sebut satu-satu. Jangan skip stepnya. Jangan anggap takkanlah tak tahu, takkanlah tak boleh fikir, takkanlah tak tahu apa-apa pun.

Ya, kami memang tak tahu. Kami perlukan bimbingan dan panduan dari isteri. Bersabarlah dengan kerenah kami ya.

Macam nak suruh beli barang. Jangan bagi arahan sekaligus. Sebut sekali 5 jenis barang nak kena beli. Kalau sekadar cakap, tak jalan. Kami akan ingat yang awal-awal je. Kena tulis ok.

Kalau nak suruh beli bawang besar, kena cakap berapa biji. Jangan sebut random je. Menggagau kami kat kedai fikir nak beli berapa banyak. Kami lelaki, bukan perempuan. Ia terpakai pada semua jenis barang. Spesifikkan okey!

Bila minta suami bantu masak kat dapur, jangan hanya cakap masukkan garam, gula bagai. Bagi tahu spesifik berapa banyak sukatan yang kami kena bubuh dalam masakan.

Kalau area rumah ada tanah boleh bercucuk tanam, jangan hanya kata abang pi ambil serai. Tolong cakap berapa banyak serai nak diambil. Kami perlu tahu semua tu. Dan ia juga terpakai jika suruh kami ambil bunga kantan, daun kari dan lain-lain.

Jika puan-puan nak ajar suami masak, jangan expect sekali ajar dia akan pandai. Sekejap je ingat, 2 3 hari akan lupalah. Jangan pula marah, dok kata kan haritu dah ajar. Percayalah cakap saya, kami bukan sengaja tau, tapi memang betul-betul dah tak ingat.

Jadi, lepas ni tak adalah isteri akan anggap suami ni selalu je goyang kaki kat rumah. Kami bukan tak mahu tolong, tapi kami tak tahu nak tolong apa dan bagaimana nak lakukannya. Lagipun dalam kepala otak kami ni akan buang info yang dirasakan tak penting. Haha

Oleh sebab itulah, kami akan bantu puan-puan dengan menjaga anak di ruang tamu, mandikan depa, basuh baju, kemas apa yang patut, bantu promote kuih raya yang isteri jual (ya, isteri saya jual kuih raya. Nyempat selit. Haha), dan bila dah selesai semua kami akan tidur.

Dan itulah cara paling epik kami berehat. Kahkah

Akhi Fairuz Al-Jengkawi,
Tips ini tidak terpakai kepada suami yang power bab masak. Suami isteri saling melengkapi. Ajar anak lelaki mulai sekarang.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen