Ibu Menyusu Digalakkan Berbuka Makan Kurma Dahulu, Bantu Pulihkan Tenaga Dengan Cepat.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kebanyakkan ibu-ibu yang menyusukan anak-anak ini akan berusaha sedaya upaya untuk kekal berpuasa walaupun kadang kala badan terasa sangat tidak mampu. Biasanya ibu-ibu yang menyusukan anak ini kena kekal bertenang barulah tidak memberikan kesan kepada dirinya. Nak-nak lagi jika anak itu kuat menyusu.

Sedikit tips daripada Puan Nad Masrom buat ibu-ibu yang berpuasa dan menyusukan anak ini sangat berkesan. Bahkan beliau sendiri juga turut mengamalkan dan merasai kelainannya.



Ibu menyusu membakar lebih kurang 500 kalori sehari melalui proses penyusuan sahaja. Tak hairanlah menjelang berbuka, ramai ibu-ibu menyusu makan dua kali ganda dari biasa.

Tenaga yang tersimpan dalam tubuh ibu yang berpuasa digunakan untuk menghasilkan susu. Bila petang, rata-rata ibu mula rasa menggigil kerana aras gula dalam darah mula menurun.




Berbuka dengan kurma dahulu.

Kenapa kita sangat digalakkan untuk berbuka dengan kurma?

Kerana kurma mengandungi gula ringkas yang dapat ditukarkan kepada tenaga dengan lebih cepat berbanding nasi atau kuih-muih.

Ibu menyusu yang berpuasa, sudah tentulah lebih memerlukan kurma sebagai juadah berbuka yang utama untuk mendapatkan tenaga lebih cepat.

Bila dah dapat sumber tenaga ini, ibu menyusu akan rasa kurang sedikit lapar dan secara tak langsung dapat mengelakkan makan ketika berbuka secara berlebihan.

KURMA adalah sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, magnesium, vitamin A dan C dan juga niasin.

Ibu menyusu tak perlu bimbang tentang kandungan mikronutrisi dalam susu ibu kerana kurma sendiri bertindak sebagai multivitamin terbaik!

Jujur saya akui, seumur hidup berpuasa, saya hanya ambil kurma sebiji sahaja kemudian minum air pelbagai perisa bergelas-gelas dan makan nasi dan juadah lain berpinggan-pinggan.

Masa saya banyak dihabiskan di depan meja makan. Sudahnya, perut penuh terisi, saya duduk tersandar lebih lama, rasa mengantuk dan bila nak solat maghrib terasa mengahnya.

Ibu menyusu kena tukar rutin berbuka.

Tahun ni saya cuba ubah rutin.

Sediakan kurma dan air masak di tepi sejadah sementara tunggu untuk maghrib. Bila azan, kami makan kurma dan minum air masak dulu. Jujur saya ambil lebih dari 3 biji kurma awalnya sebab signal ‘lapar’ dari otak.

Lepas solat maghrib barulah kami makan juadah yang lebih berat. Memang rasanya sangat berbeza. Masa di meja makan lebih pendek, dan kami kenyang lebih cepat.

Rutin ni kami hanya buat di rumah sendiri. Kita mungkin tak mampu nak educate orang lain untuk ikut cara ini. Tapi kita boleh mulakan dengan diri sendiri dahulu.

Ibu-ibu menyusu yang lain, macam mana dengan rutin berbuka? Kalau belum cuba cara ni, boleh amalkan ya.
Selamat berbuka!

Nad Masrom
Kaunselor Laktasi Anda

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen