“Jika Curang Menjadi Satu Ketagihan, Memang Sukar Untuk Berhenti, Jangan Sia-Siakan Kesetiaan Anda…” Nasihat Lelaki Ini.

Sebut sahaja tentang curang, perkara pertama yang terlintas dalam fikiran adalah LELAKI. Ini kerana sudah sedia maklum, lelaki tidak pernah puas dengan yang satu. Sudah memiliki isteri yang cantik, anak yang sihat dan comel, masih lagi mahu berlaku curang.

Lebih-lebih lagi dengan apa sahaja yang telah tular di sosial media baru-baru ini.

Kenapa ianya terjadi? Ikuti perkongsian dan nasihat dari Akhtar Syamir ini…

********

Image may contain: one or more people and text

Curang Ini Adalah Satu Ketagihan.

Bukan mudah untuk berhenti. Dalam 100 orang, mungkin 1 orang yang berjaya insaf dengan serta merta. Dari 100, mungkin 50 orang yang berniat mahu insaf. Dari 50 itu pula, mungkin ramai lagi yang gagal berubah dan yang selebihnya memang tidak mahu berhenti dari curang. Mereka hanya berhenti seketika apabila perbuatannya diketahui sahaja. Jika tak tertangkap, pasti diteruskan lagi kecurangan itu.

Yang tidak mahu berubah ini memang ketagihan. Mereka rasakan satu nikmat keseronokan atau dalam English, "pleasure" dari perbuatannya. Ditambah dengan keseronokan apabila berjaya menyimpan rahsia dan tidak dihidu perbuatan itu dari pasangannya.

Ia bagaikan satu permainan bagi mereka. Mereka dahagakan perasaan nafsu dicampur sedikit rasa bersalah itu. Perasaan seperti ini seperti memberi mereka kebanggaan dan rasa kejayaan.

Curang itu bukan kesilapan. Tolong berhenti menjadikannya alasan untuk curang. Curang itu satu pilihan yang dibuat di dalam sedar. Jika kamu kata ianya kesilapan, hanya orang yang tidak cerdik akan mempercayainya.

Dan kadang-kala ada isteri yang kurang cerdik. Saya bukan nak merendah-rendahkan orang sebegini. Kalau anda telah ditipu berkali-kali, anda sememangnya layak untuk berada di dalam situasi itu. Nak jaga hati siapa lagi kalau bukan diri sendiri?

Si suami tu dah ternyata tak memikirkan perasaan pasangannya dan sanggup menolak tepi semua kebaikan, kenangan, masa bersama dan harapan isterinya apabila dia mula curang. Masih nak jaga hati si pembelot perkahwinan itu?

Ada yang kata jika suaminya benar-benar insaf, mereka akan memaafkannya. Saya nak tanya, bagaimana agaknya perasaan mereka bangun pagi dan melihat muka orang disebelahnya yang pernah tidur dengan orang lain selain isterinya?

Sayang sangat ke?

Bangga sangat ke dengan kesetiaan yang sia-sia tu?

Jika anda dapat memandang muka suami penipu sama seperti anda pandang dia semasa baru berkahwin dulu, memang dia untuk kamu dan kamu untuk dia. Sesuai sangat.

Berhenti berbangga dengan kesetiaan yang sia-sia.

Anda telah ditipu berkali-kali dan penipu itu takkan berubah. Beranikan diri, anda tak patut dilayan sebegitu. Dapatkan pendapat orang di Jabatan Agama secepat mungkin. Si pencurang mengambil peluang di atas kesetiaan anda sebenarnya.

Rumusannya :

  • Orang yang curang, besar kemungkinan seorang yang ketagihan untuk curang berkali-kali.
  • Berhentilah kesetiaan yang sia-sia ini. Anda bakal ditipu lagi dan lagi.

Tiada kesudahan yang manis dari kecurangan. Ianya tawar dan pahit serta meninggalkan kesan yang bakal diingati sampai bila-bila.

Mula buka mata. Mula pasang telinga. Jika anda sayangkan keluarga anda, perlu kesan perkara ini dari awal dan perlu elakkannya.

Kepada yang kata suami curang disebabkan isteri adalah satu alasan sampah. Isteri mungkin boleh jadi punca kepada ketidakbahagiaan, tetapi bukan punca untuk kecurangan. Punca curang terhasil dari pilihan sendiri. Bukan orang lain.

********

Yang mahu curang, fikirlah perasaan insan yang anda mahu curangi. Pihak yang nombor 3 tu, jangan pula merampas kebahagiaan di atas derita insan yang sedang dicurang.

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen