Ketua Keluarga Yang Baik Tidak Hanya Menjaga Kesihatan Fizikal Sahaja Malah Emosi Dan Mental Juga Turut Dititikberatkan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Jika dilihat sekali imbas, tanggungjawab sebagai seorang suami dan juga sebagai ketua keluarga ini mungkin begitu mudah. Mana tidaknya sekadar hanya memberi nafkah dengan menyediakan tempat tinggal, makan dan minum serta pakaian untuk dipakai sehari-hari. Namun begitu, jika kita lihat secara terperinci menjadi ketua keluarga ini bukanlah satu perkara yang mudah.

Mungkin kita tidak lihat mereka ini seberat orang wanita yang akan mengandung, melahirkan anak serta menguruskan rumah tangganya. Tetapi menjadi ketua keluarga ini perlu memastikan seluruh ahli keluarganya dalam jagaan yang baik tidak kiralah dari segi luaran mahupun dalaman atau mental serta fizikalnya.



Haaa, cuba lihat ayah dan suami kita itu, bagaimana mereka ini ingin memastikan bahawa kita ini sentiasa dalam keadaan baik serta berusaha untuk menjadi pelindung yang hebat buat ahli keluarganya.

Seperti yang dikatakan oleh saudara Mohd Fhais, ketua keluarga yang baik tidak hanya bertindak atas apa yang zahir di mata sahaja. Sebaliknya beliau mestilah boleh menilai dari sudut emosi dan mental juga.
Kerana;

1 - Sebagai ketua keluarga tanggungjawab beliau bukan sahaja memastikan kesihatan fizikal anak dan isteri sahaja, kesihatan emosi dan mental turut perlu di jaga.

2 - Tiada gunanya jika sihat tubuh badan tapi emosi dan mental sakit kritikal. Tinggi risiko berlakunya kemurungan, stress yang serius, anxiety dan tidak bermaya.

3 - Penting jaga kesihatan emosi kerana tanpa emosi yang sihat diri susah nak rasa bahagia. Mula la perasaan negatif menguasai seperti buruk sangka, cemburu dan dengki.

4 - Emosi dan mental sakit boleh beri kesan kepada pemikiran rasional. Bila minda tak dapat berfikir dengan betul, hati menjadi kotor. Mula percaya perkara karut. Ini bahaya!

5 - Ketua keluarga yang sempurna mesti ada 3 kepintaran ni. Minda, emosi dan spiritual. 3 kepintaran ini la yang dapat menjadikan beliau seorang imam yang prihatin, penyayang dan bijak.

Wallahu A'lam,

Mohd FhaisPerasan kita tak penting, apa yang orang sekeliling rasa tentang diri kita itu lebih penting.

Hargai ayah dan suami anda, mereka ini pelindung yang hebat buat kita semua.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen