5 Tips Beli Cincin Tunang Atau Kahwin.

Oleh: Rafi

Kali ini kami ingin kongsikan pula bagaimana cara pemilihan cincin tunang ataupun cincin kahwin. Mesti orang lelaki yang paling garu kepala bila orang perempuan sebut je pasal cincin kan? Risau pasal harga, risau pasal bajet tak cukup dan macam-macam lagi la kan. Dah tu bile kita dah belikan orang perempuan cincin, boleh pulak diorang ngadu kat kita yang cincin diorang hilang. Kebanyakan yang berlaku semuanya sebab kecuaian. Suka sangat tanggalkan cincin tu, lepastu letak merata-rata. Rasa macam tidak menghargai pemberian pun ada juga kan? Kita penat-penat kumpul duit, dia senang-senang hilangkan cincin kita bagi.hmm.. nasib badan.. Jadi, kami harap dengan adanya tips ini, pasangan korang lebih menghargai cincin yang korang beli. Gituwww.



Antara tips yang kami nak kongsikan adalah:

1. Mengikut kemampuan dan bajet.

Orang lelaki kena tegas sikit bab nie. Selalunya orang perempuan suka kan cincin yang lagi berat dan lagi mahal. Kalau korang mampu, korang belikanlah. Kalau tak mampu, terus terang cakap tak mampu. Sebab, korang nie banyak lagi benda nak kena fikir. Nak cekau duit hantaran lagi, mas kahwin dan macam-macam lagi. Sekurang-kurangnya, kalau cincin tu hilang takde lah rasa terkilan sangat (haishh.. bukan nak doakan cincin tu hilang). Jadi, bawa-bawa lah berbincang sebelum nak beli cincin ye.

2. Kesesuaian dengan fizikal si pemakai.

Kesesuaian cincin dengan fizikal si pemakai pun memainkan peranan yang penting jugak ye. Ketika mencuba cincin, padankan dengan tone warna kulit anda, untuk emas kuning memang sangat cantik untuk yang berkulit putih. Yang berkulit sawo matang dan kurang putih ni elok lah kalau korang pilih emas putih. Hah, bila dah rasa cincin tu cantik aje melekat kat jari, mesti rasa sayang nak tanggalkan, bukan?



3. Pastikan saiz cincin yang betul.

Saiz jari kena lah sesuai dengan bentuk atau jenis cincin yang korang pilih. Pastikan cincin yang dibeli tidak terlalu longgar atau tidak terlalu ketat. Kalau terlalu longgar, takut ia mudah tertanggal tanpa kita sedari. Bila ia terlalu ketat, kita pula yang tidak selesa, dan akan memilih untuk tidak memakainya. Iyaa, walaupun size jari korang akan berubah tanpa korang sedari, korang boleh je "alter" cincin korang di kedai emas yang korang beli secara percuma je.

4. Kesesuaian cincin dengan aktiviti harian.

Padankan cincin tu dengan aktiviti harian atau pekerjaan korang. Kalau korang kerja sebagai tukang masak atau apa-apa berkaitan dengan 'food & beverages' ni, jangan pilih cincin yang penuh berlian ya. Menangis tak berlagu kalau kena kutip satu-satu berlian yang jatuh ke dalam masakan korang. Ahakzz.



5. Pilih cincin mengikut "trend" semasa.

Ketika korang memilih cincin, pastikan korang mengambil kira faktor "trend" cincin ni juga ye. Kadang-kadang orang perempuan ni pendirian dia tak tetap. Hari ni dia cakap dia nak cincin belah pinang je, esok dia bagitahu dia nak cincin emas bertakhta kan berlian 4 tingkat sebab Kak Senah sebelah rumah tu baru dihadiahkan oleh suami "latest edition" cincin emas berlian 4 tingkat dengan nada bongkaknya sambil "show-off" cincin yang baru di beli ituwww.. Hahh engko hado? Mashaakk lah macam nie kalau kena beli cincin yang baru. Jadi, fikir-fikir kan lah ye wahai suami. Trend sekarang ni pun adalah cincin yang siap dengan ukiran nama. Kalau boleh, ukiralah sekali no tel, mana lah tahu kalau tercicir orang yang baik hati akan call. Hewhewhew.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen