“Isteri Bekerjaya Juga Perlukan Rehat. Isteri Tidak Akan Cakap Penat, Kalau Suami Tidak Menunjuk Rasa Prihatin..” Ikuti Perkongsian Ini.

Dalam rumah tangga masa kini, suami dan isteri sama-sama keluar bekerja mencari rezeki. Tidak kira bekerja di pejabat ataupun di dalam rumah sahaja. Namun, sebagai manusia biasa, penat lelah mencari rezeki pasti akan dirasai, tetapi cara menangani penat tersebut berbeza bagi si suami dan si isteri.

Si suami kalau penat mula mendiamkan diri dan mahu mengasingkan diri. Nak caj tenaga katanya.

Si isteri pula lain kerenahnya, walaupun penat tidak henti-henti melakukan tugasan di rumah pula. Takut dikatakan tidak melayan hak suami.

Jadi bagaimana?

Ikuti perkongsian dari saudara Mohd Fhais ini…

Image may contain: 4 people, people smiling, baby

********

Isteri Bekerja Perlukan Rehat

Isteri saya seorang jururawat. Kerjaya jururawat ni banyak cabaran. Sepanjang hari berurusan dengan bayi sakit, mak ayah yang macam ragam, doktor yang tegas dan masalah parking yang tak berkesudahan.

Ada ketika isteri balik ke rumah dalam keadaan sakit kepala. Bila di tanya kenapa, dia jawab seharian belum makan lagi. Seharian ada kes kecemasan, bukan setakat makan, nak duduk pun tak sempat.

Itulah sebabnya kalau saya ada masa saya akan hantar dan jemput dia dari tempat kerja. Sekurangnya dalam kereta tu dia boleh berehat sepanjang perjalanan balik rumah.

Bagi isteri rehat dalam kereta 2 kali lebih tenang berbanding di rumah. Dalam kereta sahaja minda dia boleh set mode "rehat", sampai rumah mode dia jadi "kerja" sepanjang masa.

Waktu balik kerja tak pernahnya keluar tepat. Selalu lambat 1 - 2 jam. Overtime tak di kira, kerja lebih masa tu anggap sedekah. Sebagai suami bila isteri sampai je rumah saya tak terus bagi dia buat kerja rumah, tapi saya bagi dia berehat dan bersihkan diri dahulu dalam bilik. 15 - 30 minit baru saya benarkan anak masuk bilik.

Saya tak ada kuasa untuk hilangkan penat dia tapi saya ada kuasa untuk tidak menambah lagi rasa penat dia.

Jururawat ni jadual kerja tak menentu. Kejap pagi, kejap petang, kejap malam. Kita yang tengok jadual pun boleh termuntah ini kan pula yang kena ikut bulat bulat jadual kerja tu. Dua tiga kali ganda penat dia.

Tiba pula di bulan puasa. Semalam kerja petang sampai rumah pukul 10 malam, hari ni kena kerja pagi pula seawal jam 4.30 pagi dah kena bangun. Berterusan tak tidur dari 4.30 tu sampai jam 4 petang baru sampai di rumah.

Dah rutin kerja dia begitu kita nak pertikai pun tak boleh. Tapi apa saya boleh buat ialah saya tak tambah lagi derita dia. Saya tak bagi dia masak, juadah sahur dan berbuka makan sahaja apa yang ada kat rumah.

Saya tak tanya dia "sayang nak masak apa hari ni?"

Tapi saya tanya "sayang nak makan apa hari ni, abg belikan"

Itu yang termampu, itulah yang saya buat. Kalau saya mampu masak, saya tak bagi dia masak.

Wanita! Dia penat. Dia stress. Dia marah. Dia tak akan cakap. Itu fitrah wanita. Isteri tak akan buka cerita masalah kalau suami tak tunjuk sifat prihatin dulu.

Jadi sebagai suami, sendiri kena pandai ramal emosi isteri sendiri. Jadi pembela, baca bahasa tubuh isteri, selami emosi isteri. Baru isteri rasa nasib dia terbela.

Isteri kuat demi keluarga dan jadi lebih kuat bila suami beri sokongan. Ini pasti!

Isteri dah tolong suami kerja itu ihsan. Bantu tambah pendapatan keluarga itu ihsan. Isteri tak merungut kena kerja siang malam itu ihsan. Isteri buat kerja rumah walaupun penat itu ihsan.

Kita sebenarnya bukan kahwin dengan wanita biasa-biasa, tapi kita kahwin dengan wanita yang banyak jasa. Maka wajib hargai isteri.

Lebih tinggi ihsan isteri pada kita, lebih tinggi kualiti layanan yang kita kena bagi.

Sebab itu saya setiap tahun raya akan pergi beraya di rumah mertua dahulu. Bukan sebab dekat tapi sebab itu cara saya balas ihsan dia sepanjang tahun. Apa yang buat dia gembira saya akan dahulukan.

Wallahu A'lam,

Isteri jantung hati keluarga. Isteri bahagia, keluarga pasti bahagia.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen