Bahaya Merokok Ketika Sejurus Berbuka Puasa.

Oleh: Zuzu Yasmine

Rokok ini bagaikan satu ketagihan yang sukar untuk dikawal malah untuk diberhentikan. Apabila seseorang itu mula merokok mereka ini sukar untuk berhenti malah semakin kuat merokok. Bahkan ada sesetengah orang itu merasakan mereka tidak boleh tanpa rokok tetapi tidak mengapa jika mereka tidak makan mahupun minum.

Teruk bukan ketagihan merokok ini?

Bukan itu sahaja, apabila penat mereka akan cari rokok dahulu sehinggakan nak berbuka puasa pun mereka memilih rokok berbanding makanan. Sebenarnya, adalah lebih bahaya berbahaya jika anda memilih menghisap rokok sebaik sahaja waktu berbuka puasa.



Merokok sememangnya sudah diketahui sebagai satu tabiat yang boleh meningkatkan risiko penyakit seperti radang paru-paru dan penyakit jantung. Merokok juga boleh menyebabkan gigi menjadi kuning dan anda pasti menyedari bahawa tabiat tidak sihat ini juga boleh menyebabkan kulit anda berkedut, mengurangkan deria rasa dan bau.

Jadi apakah sebenarnya bahaya merokok ketika sejurus berbuka puasa?

1. Radang paru-paru

Merokok dalam keadaan perut kosong meningkatkan risiko radang paru-paru. Kandungan nikotin yang diserap perut kosong adalah lebih tinggi jumlahnya berbanding apabila perut sudah terisi dengan sebarang makanan. Nikotin menjejaskan kesihatan badan seperti menyebabkan peningkatan tekanan darah, menjejaskan deyutan jantung dan aliran darah ke jantung serta penyebabkan pembuluh darah menjadi sempit.

2. Kurang oksigen

Setelah 12 jam menahan lapar dahaga, badan memerlukan nutrisi untuk menggantikan tenaga yang hilang. Jika anda memilih untuk merokok apabila berbuka puasa dalam keadaan perut yang kosong, anda mungkin berisiko untuk mengalami mual, muntah, keletihan dan pening kepala. Ini kerana kandungan bertoksik dalam rokok ini akan memasuki aliran darah dan menurunkan kadar oksigen dalam darah sekali gus mengakibatkan sel dalam badan anda kekurangan oksigen yang akhirnya menyebabkan anda kelesuan dan pening kepala, dalam masa yang sama menurunkan fungsi otot dan jantung. Gas beracun ini juga meningkatkan kadar kolesterol tidak sihat dalam darah. Semakin lama anda merokok, ia akhirnya akan mengakibatkan pembuluh darah anda mengeras dan menyempit, sekali gus mendedahkan risiko penyakit jantung dan strok.

3. Fungsi organ

Asap rokok yang mengandungi nikotin, karbon monoksida dan tar sememangnya mendatangkan kesan negatif kepada badan seperti menjejaskan aliran darah dan menurunkan kadar oksigen dalam darah. Ini sekali gus mengakibatkan sel dalam badan perokok mengalami kekuranagn oksigen yang menjadikan seseorang individu itu kurang efektif dan efisyen. Keletihan dan pening antara simptomnya.

4. Penyakit Crohn

Tabiat merokok meningkatkan risiko untuk mengalami penyakit Crohn atau masalah berkaitan keradangan usus. Antara simptom yang mungkin berlaku adalah seperti pendarahan pada usus, sakit perut secara kerap dan berulang, dan cirit-birit.

5. Gangguan pencernaan

Merokok dalam keadaan perut yang kosong akan menyebabkan peningkatan kandungan asid dalam perut meningkat dan bertindak balas. Ia akhirnya akan menjejaskan proses pencernaan yang boleh menjadi antara punca utama mengapa seseorang individu yang merokok sejurus masuk waktu berbuka akan kehilangan selera.

Buat anda yang sentiasa memilih rokok terlebih dahulu berbanding segalanya, fikir-fikirkan semula akan kesihatan tubuh badan anda. 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen