Berdoa Agar Anak Sentiasa Dipelihara, Tetapi Bagaimana Allah Memelihara Anak Kita? Ikuti Penjelasan Ini.

Berdoa adalah senjata orang mukmim untuk memohon sesuatu daripada-Nya. Tidak kira siapa jua kita, pasti ingin memanjatkan doa termasuklah golongan para ibu bapa. Bukan sahaja mendoakan kesejahteraan pasangan masing-masing, malah untuk anak-anak juga supaya sentiasa dilindungi dan dipelihara.

Namun, sebagai ibu bapa, adakah dengan berdoa semata-mata sudah begitu yakin Allah akan pelihara anak-anak? Bagaimana sebenarnya Allah memelihara anak-anak kita, ikuti perkongsian daripada Dr Ahmad Sanusi ini…

********

1. Saidina Abdullah ibn Abbas menceritakan bagaimana suatu hari beliau menunggang dibelakang Rasulullah lalu Rasulullah berpesan kepadanya.

Sabda Rasulullah:

“Wahai budak, aku akan ajarkan engkau beberapa perkara: Peliharalah Allah, Allah akan memelihara kamu.” (HR al-Tirmizi)

2. Dua pengajaran penting daripada hadith ini.

Pertama Rasulullah mengajarkan kepada anak kecil ini tentang perkara keimanan dan aqidah. Lafaz ghulam (budak) dalam hadith ini menunjukkan Abdullah ibn Abbas masih seorang anak kecil (kalau sekarang bersekolah rendah).

Justeru, jika kita inginkan supaya Allah memelihara anak kita, ajarkan kepada mereka perkara aqidah sejak mereka kecil untuk membina keimanan mereka.

Kedua, Rasulullah mengajarkan perkara aqidah ini dalam keadaan informal/casual atau santai. Bererti pendidikan agama itu boleh berlaku dalam pelbagai situasi termasuklah ketika menunggang basikal bersama anak, naik kereta bersama atau ketika bermain dengan mereka.

Dalam sebuah hadith yang lain, Rasulullah mendidik anak kecil bernama Umar ibn Abi Salamah ketika mereka makan bersama.

3. Bagaimana Allah memelihara anak kita?

Dalam al-Quran, ada diceritakan bagaimana Allah memelihara anak kepada pasangan ibubapa yang soleh. Perkara ini diceritakan di dalam Surah al-Kahf. Firman Allah:

“Dan kedua ibubapa mereka adalah orang yang soleh.” (Surah al-Kahf)

Disebabkan ibubapa anak itu soleh, maka Allah memelihara harta dan anak tersebut dari di zalimi.

4. Atas kefahaman ini seorang Tabien bernama Said ibn Musayyib berkata kepada anaknya

“Aku akan menambah (kualiti dan kuantiti) solatku supaya Allah memelihara engkau.”

5. Ini bererti sekiranya kita inginkan supaya Allah membantu kita dalam menjaga anak kita, kita seharusnya menjadi ibubapa yang soleh dahulu. Malah kita mesti sentiasa menjaga solat. Nescaya Allah akan membantu memelihara anak kita.

6. Apakah hak Allah yang mesti dipelihara?

Dalam hadith di atas, Rasulullah berpesan sekiranya kita menjaga hak Allah, Allah akan memelihara hak kita. Apa yang dimaksudkan dengan hak Allah? Salah satu hak Allah yang mesti dijaga adalah Solat. Ya, Solat! Sebab itu Allah berfirman tentang sifat ahli syurga adalah mereka yang menjaga solat. Firman Allah:

“Dan mereka yang menjaga Solat mereka.” (Orang yang menjaga solat mereka maka Allah akan memelihara hak mereka).

7. Justeru, sekiranya kita inginkan supaya Allah menjaga diri dan ahli keluarga kita, maka hendaklah kita terapkan pelajaran aqidah dan keimanan kepada anak kita sejak dari kecil.

Pesan kepada mereka supaya sentiasa menjaga solat. Sekiranya kita menjaga hak Allah (segala syariatnya), nescaya Allah akan menjaga hak kita.

8. Tidak keterlaluan juga jika sekiranya kita wajibkan kepada anak kita supaya mereka menghafal hadith yang ringkas ini:

Peliharalah Allah, Allah akan memelihara kamu.” (HR al-Tirmizi)

Semoga Allah membimbing kita semua.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen