Perkahwinan Adalah Saling Melengkapi Bukan Mengubah Siapa Pasangan Kita.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila dilihat dari luar sahaja, sebuah perkahwinan itu seolah-olah bahagia. Di mana terdapat sepasang suami isteri yang sentiasa menemani serta menyayangi antara satu sama lain. Ada tempat bermanja serta tempat berlindung, bahkan ada orang yang sanggup setia di sisi tidak kira susah mahupun senang.

Ya, dari luaran nampak bahagia tetapi dari dalaman bagaimana pula? Merendah-rendahkan pasangan? Membandingkan pasangan? Merasakan pasangan kita tidak sempurna. Bahagia ke semua itu?

Menurut perkongsian Puan Farizal Radzali Sebuah perkahwinan adalah untuk saling melengkapi, bukan saling mengubah siapa pasangan kita menjadi seperti yang kita mahu tanpa fikir apa yang dia mahu.



Suami dan isteri hendaklah saling melindungi, saling mempertahankan. Bukan saling merendahkan, saling mengejek. Ada sesetengah suami / isteri, suka memandang rendah pada pasangan mereka. Lagi sedih bila merendahkan pasangan mereka di hadapan orang lain. Seperti bila berkumpul sesama ahli keluarga yang besar, bila makan bersama beramai-ramai, ada suami yang memuji masakan dan membandingkan masakan isterinya yang tak sedap. Tak sedih ke isteri tu? Walau dia tersenyum, sebenarnya dia cuma menyembunyikan perasaan terkilannya.

Ada jugak yang bila berkumpul dengan kawan-kawan yang berjaya, berkedudukan tinggi, si isteri memuji kawan tersebut dan membandingkan dengan suaminya pulak. Apa lah perasaan suami tu, seorang lelaki ada egonya.

Suami dan isteri tu berasal dari keluarga yang berbeza, jalan hidup yang berbeza. Maka dah tentulah setelah berkahwin dengan anda, sikit sebanyak sikap asalnya sblm berkahwin dengan anda, akan ada sikit. Tak perlu bandingkan masakan isteri dengan masakan ibu anda, tak perlu bandingkan kekayaan suami dengan bekas kekasih anda, tak perlu kata isteri orang lebih cantik & pandai bergaya, tak perlu kata suami kita tak sepandai kawan dia.

Jodoh tu Allah yang tetapkan. Walau bagaimana anda menyintai orang lain, tapi andai lain jodoh untuk anda, menangis air mata darah pun tetap kahwin dengan orang lain.

Namun Allah itu Maha Mengetahui. Setiap pasangan ada pro & kontra.

• Bila suami seorang yang agresif, isterinya pasif.

• Bila isteri garang, suaminya lembut.

• Bila suami mulut lepas, isterinya menjaga tutur kata.

• Bila isteri boros, suaminya penjimat.

• Bila suami panas baran, isterinya penyabar.

Semuanya cantik susun aturnya. Cuma kita yang tak perasan. Bila melihat orang lain lebih bahagia, mulalah kita merasakan pasangan kita tak sehaluan dengan kita. Ketahuilah, setiap pasangan sama. Ada pasang surut dalam kehidupan. Bila kaya, ada yang tak bahagia. Bila bijak, ada pulak yang curang. Bukan takde pasangan yang cacat, hidup miskin tapi mereka bahagia. Kerana mereka redho dengan ketentuan Allah kerana Dia lebih tahu segalanya.

Muhasabah diri:

 Jodoh yang telah ditetapkan adalah yang terbaik untuk anda, kerana Allah tahu kemampuan anda.

 Anda tidak cukup sempurna untuk mengatakan pasangan anda tak sempurna dan orang lain sempurna.

 Siapa pasangan anda adalah cerminan diri anda.

 Memburukkan pasangan anda seolah membuka pekung di dada sendiri.

Selagi tiada kemudaratan dalam kehidupan, terimalah pasangan kita seadanya. Andai membawa mudarat, ikutlah jalan penyelesaian yang Allah dah atur dalam Al Quran.

Re-post
Farizal Radzali

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen