Suami Yang Macho, Dia Usaha Cari Kaedah Untuk Isteri Rasa Dihargai Walaupun Bukan Menggunakan Wang Ringgit.

Oleh: Zuzu Yasmine

Pernah atau tidak kita bayangkan kalau isteri kita tiada disisi, siapa yang akan mengurus rumah dan anak-anak kita nanti? Bila isteri kita ada di rumah, makan serta pakaian kita begitu mencukupi tidak hanya itu tempat tinggal juga rasa selesa.

Kadang kala kita sebagai suami ini terlalu selesa dengan adanya isteri ini. Tak penah pun kita terfikir nak membantu dirinya kerana merasakan bahawa ia mampu melakukan semua perkara seorang diri.

Tak pernah pun kita terfikir nak memberi penghargaan kepada isteri kita yang bertungkus lumus serta berkorban masa rehat serta kesihatannya untuk memberi keselesaan kepada kita. Kalau takut penghargaan yang ingin dilakukan itu memakan sejumlah wang yang besar, kitab oleh gunakan cara yang tidak akan menggunakan wang, asalkan isteri kita rasa dihargai.



Nak tahu caranya macam mana? Mari kita ikuti tips yang dikongsikan oleh Puan Saidatul Husna ini.

Tips Sayangi Diri Tanpa Gunakan Wang

Kesian pula bila baca facebook isteri yang mengadu penat berganda ganda bila tiba musim puasa.

Jadi saya merayu kepada para suami, berilah sedikit penghargaan kepada isteri masing di rumah.

Kadang kadang orang perempuan ni bila dah banyak sangat berkorban untuk orang, dia jadi lupa yang dia sendiri pun banyak terabai, baik fizikal mahupun kasih sayang.

Suami yang macho, dia usaha cari kaedah untuk isteri hadirkan rasa sayang pada diri sendiri.

Jadi apa kata selepas siap kerja rumah, bawa dia ke satu tempat yang tenang. Dan ajarkan beberapa teknik ni.

1) Minta isteri tarik nafas 10 saat sedalam dalamnya. Biarkan udara memenuhi paru paru.

Kira setiap saat nafas ditarik, rasakan nikmatnya bernafas dengan perlahan dan seronoknya dapat duduk dengan tenang.

2) Bayangkan kita sedang berada di depan cermin dan memandang ke dalam anak mata sendiri.

3) Lihat sedalam dalamnya anak mata sehingga nampak..... diri kita sendiri.

4) Perhatikan betapa cantik dan baiknya kita. Perhatikan apa yang indah indah dalam perihal hidup.

5) Bayangkan jika kita adalah kawan baik kepada diri sendiri.

Apa agaknya perkataan yang akan dikatakan jika sahabat yang paling baik dan paling sayang adalah diri sendiri?

6) Dengar betul betul ucapan yang ikhlas daripada hati itu.

7) Akhiri perbualan dengan berkata, "Wahai diriku, saya sayang awak, awak berhak dicintai."

Menarik kan? Aktiviti ini antara calming effect yang boleh meningkatkan self esteem wanita yang kadang tu terlupa nak hargai diri sendiri walaupun sering berkhidmat kepada orang lain.

Jadi, apa kata para suami sediakan checklist ini kepada isteri masing masing.

Tak rugi pesan kepada isteri untuk sayangkan diri mereka. Bukankah rumahtangga yang bahagia bermula daripada wanita wanita yang gembira?

Bantu saya sebarkan tips ni ya. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen