“Sayang Suami Pun Berpada-Pada, Jangan Sampai Isteri Pula Menjadi Ketua Keluarga”

‘Biawak Hidup’

Itu adalah gelaran yang biasa diberikan kepada seorang suami yang tidak bekerja, goyang kaki di rumah dan hanya tahu meminta duit daripada isterinya sendiri. Tiada kemahuan langsung untuk bekerja, malah anak-anak juga dihantar kepada pengasuh supaya hidupnya bebas untuk melakukan apa sahaja.

Situasi sebegini seolah-olah menjadi trend kerana kaum wanita yang lebih bekerjaya dan mempunyai pendapatan yang lebih tinggi. Namun, walaupun isteri yang bekerjaya ia bukan tiket percuma untuk seorang suami boleh bergoyang kaki di rumah tanpa menguruskan hal ehwal rumah tangga.

LEMBUTNYA HATI ISTERI UNTUK MENJAGA SUAMINYA…

Hati dan perasaan kaum wanita ini lemah, lembut dan mudah cair dengan kata-kata lelaki.

Oleh sebab itu, ia sudah menjadi lumrah apabila seorang isteri terlalu sayang pada suaminya sendiri, walau sudah di dera banyak kali pun,  masih mahu ‘menyimpan’ suami di rumah.

Dengan alasan ‘Syurga Isteri Di Bawah Telapak Kaki Suami’

"Kalau tak tolong, nanti jadi isteri derhaka." Antara dialog yang sering diungkap dalam drama Nur 2.


Gambar Sekadar Hiasan. Sumber: IG NoorKhiriah

Jangan kerana terlalu sayang dan cinta pada seorang lelaki yang bergelar suami sehingga tidak kisah ‘membela biawak hidup’ di rumah.

Dengan cara begini hanya membuatkan atau mendidik seorang suami menjadi lelaki yang kurang bertanggung jawab dengan peranannya sendiri.

"Kalau hidup sekadar untuk hidup, babi dihutan juga hidup"    -Hamka-

JANGAN MENYANGKAL LELAKI ITU ADALAH SEORANG PEMIMPIN…

Dan juga sebagaimana Allah SWT telah berfirman;

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka….” (An-Nisa': 34)

Dalam petikan surah An-Nisa’ di atas sudah jelas dinyatakan, kaum lelaki itu sendiri adalah seorang pemimpin. Kita sebagai pendosa, apakah layak untuk menidakkan kandungan Al-Qur’an ini?

Setinggi mana pun kerjaya seorang isteri…

Sebanyak mana pun gaji seorang isteri…

Suami tetap perlu mencari rezeki untuk keluarga. Selagi tubuh badan masih kuat, berilah keselesaan pada isteri dan anak-anak. Jika tangan sendiri terdaya untuk mendera isteri dan anak-anak, kenapa nak cari duit tidak berdaya pula?

ISTERI YANG TAAT ADALAH…

Dan juga Allah SWT telah berfirman lagi dalam surah An-Nisa ayat 34;

“…Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya….”

Ya, memang benar tanggung jawab isteri adalah untuk taat pada suaminya tetapi yang berlandaskan syariat dan tidak memudaratkan diri sendiri. Apa yang Allah telah turunkan dalam ayat Al-Qur’an, itulah landasan atau sumber suami isteri untuk jadikan sebagai teladan.

ADAB DAN CARA MENDIDIK ISTERI DENGAN CARA ISLAM…

Selain daripada itu, si suami juga perlu ada cara atau adab untuk mendidik isteri sepertimana dalam petikan surah ini…

“….Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya)….

Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar….”

Sekiranya isteri sudah menjadi seorang yang taat dan melaksanakan peranan sebagai seorang isteri, jangan pula si suami menghukum dan menyusahkan dia lagi. Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa. Dan sesungguhnya si suami telah derhaka pada Allah dengan tidak menjaga amanahnya iaitu isterinya dengan sebaik mungkin.

Wallahua’alam.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen