Suami-Suami Perlu Tahu Bahawa Nafkah Dan Duit Belanja Itu Berbeza.

Oleh: Zuzu Yasmine

Ramai yang masih lagi keliru akan perbezaan dinatara nafkah dan juga duit belanja. Bahkan ada yang beranggapan bahawa nafkah yang diberi itu adalah terdiri daripada duit belanja. Nafkah biasanya lebih tertumpu kepada makan minum, pakaian serta tempat tinggal manakala duit belanja pula lebih tertumpu kepada barang-barang yang menjadi keinginan isteri.

Mungkin ramai yang kurang faham mengenai perkara ini. Jadi mari kita sama-sama hadam apa yang dikongsikan oleh saudara Firdaus Shakirin ini.



Nafkah yang perlu di sediakan suami ialah tempat tinggal, makan minum, pakaian, perubatan...ini yang wajib...
Dan duit belanja pulak, atas kemampuan suami untuk bagi..

Yang menjadi masalahnya disini, yang menyebabkan kita keliru ialah, pada perspektif si suami, dia bagi 300, setel, selesai tanggungjawab dia. Tapi 300 tu la si isteri guna beli barang dapur, guna bayar bil, buh minyak kereta, bagi duit belanja anak sekolah, cukup ke tidak? Tak cukup, jadi banyak isteri yang mempertikaikan nilai yang diberi tu. Bila dipertikaikan, suami suruh untuk bersyukur, sebab dia BAGI JUGAK...

Bukan mcm tu bang, tanggungjawab abang bukan terletak pada nilai 300 tu, tapi pada persediaan yang berbentuk tempat tinggal iaitu ansuran rumah, suami bayar, makan minum iaitu barang dapur kering dan basah, suami bayar. Pakaian iaitu baju, tudung, seluar isteri dan anak-anak, suami bayar dan perubatan iaitu apa saja kos ubat-ubatan, pun suami bayar. Ini nafkah, hukumnya wajib...

Pada perspektif si isteri pulak, bila suami dah sediakan serba serbi, dah bayar hutang rumah, hutang kereta, bil-bil utility, dah penuhkan dapur dengan barang-barang kering, barang-barang basah, dah beli pakaian untuk dia dan anak-anak, bayar medical card bulan-bulan, tapi dia STILL NAK duit belanja. Duit belanja ni bukan wajib ya, ianya atas kemampuan suami untuk bagi. Benda-benda wajib semua dia dah bagi dah...

Kenapa perlu DUIT BELANJA? untuk beli keperluan diri yang suami tak beli...benda yang isteri nak, teringin...

Sebab tu ingin saya nasihatkan, walaupun awak bekerja, berniaga, ada duit sendiri, sentiasa hidup dengan KEMAMPUAN SUAMI...bukan kemampuan AWAK...

Bersyukurlah walaupun suami tak mampu bagi duit belanja, tapi dia dah usaha sediakan serba serbi yang lain dengan cukup sempurna...hidup ikut GAJI SUAMI...

Nota kaki : Sekecil-kecil perkara pun kita boleh pertikaikan, namun fikirlah, hidup yang kita keluhkan ini ialah hidup yang orang lain mahukan...

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen